Isnin, 24 September 2007

Trip Ke Langkawi memang best!






su, kaksuriati, rosma di jeti KILIM su, rosma, asma, kak hajar n kak min
trip ke KILIM Geopark RM90 perhead persinggahan di Pulau Jong.

Destinasi Pulau Dayang Bunting, Langkawi


Kak Hajar, Asma n Su di jeti Pengkalan, Langkawi 09/07. Bayaran satu trip rm35 perhead. Boleh mandi kat tasik tu...awas kalau tak pandai berenang make sure ada life jacket.

cerpenku

Kolot

Ana meletakkan beg yang disandangnya. Bas Mutiara dari Kota Bharu baru sahaja meninggalkannya di Hentian Putra itu. Jam di tangan menunjukkan angka 5 pagi. Mata bundar Ana yang sembab itu melilau mencari kelibat sepupunya Fazilah. Cuti hujung tahun ini digunakan Ana sebaiknya untuk mencari wang saku bagi membiayai pengajiannya di Tingkatan 5 Tahun hadapan. Dapat RM1000 di ibu kota Kuala Lumpur sudah memadai bagi Ana cukup untuk membeli keperluan sekolah, buku rujukan untuk SPM dan yurannya nanti. Ana kini hidup sebatang kara. Ibu dan ayah meninggalkannya sewaktu dia berhempas pulas menduduki PMR. Kemalangan jalanraya menjadi titik perpisahan antara Ayu dan ibu bapanya. Ana tiada adik-beradik yang lain. Ana anak tunggal. Mujurlah bekalan ilmu dunia akhirat dari ibubapanya cukup untuk Ana berdiri tabah mengharungi dunia yang penuh liku kehidupan ini.
Ayu menerima semua yang berlaku sebagai takdir hidupnya yang tidak perlu ditangisi. Setiap hari Ana menghadiahkan Al-Fatihah kepada ibubapanya. Dia ingat pesan mereka, kematian jangan ditangisi tetapi harus dijadikan pedoman pada mereka yang hidup untuk lebih beriman kepada Allah.
“ Ana, cepat sampai!” Farah mencuit Ana dari belakang. Ana beristighfar.
“Nasib baik Farah. Kalau orang lain mau dah makan tapak kaki Ana ni.” Ana mengurut dada lega setelah orang yang ditunggu sudah menunjukkan batang hidungnya.
Farah mengangkat beg Ana dan diletakkan di bonet kereta Peugeot 407 miliknya. Ana mengerling tanda kagum dengan Farah. Baru berusia 19 tahun tetapi sudah mampu memiliki kereta mewah itu. Bila pula orang macam Ana mampu memiliki kereta seperti itu. Mewahnya hidup di Kuala Lumpur, bisik hati kecil Ana. Farah tersenyum simpul memandang perilaku Ana. Hmm kau tengoklah aku ubah kau macammana. Farah mengetap bibir memandang Ana yang ayu berbaju kurung dan bertudung krim itu.
Sebaik sahaja tiba di apartmen mewah milik Maksu Timah adik bongsu bapa Ana yang juga ibu kepada Farah, Ana terus mengikut Farah ke bilik mereka. Ibu bapa Ana tiada di rumah maklumlah menguruskan restoran mereka di Kampung Baru. Farah mula membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya kepada Allah.
“Nah, baju untuk temuduga esok.” Farah mencampakkan sehelai body shirt dan jeans ketat miliknya.
Ana membelek-belek baju tersebut. Ana seakan pelik dengan baju pemberian Farah.
“ Takkan temuduga pakai baju macam ni?” Ana mengenakan baju itu kepada badannya.
“ Ye lah. Takkan nak pakai baju kurung. Kuno lah.” Cebik Farah.
“ Kuno tulah yang tutup aurat, jaga maruah kita.” Balas Ana spontan.
“ Kalau macam tu tak yah keje lah. Kat KL ni sapa nak amik budak hingusan dari kampong. Janganlah tunjuk kita budak kampong. Nanti senang kena tipu.” Bentak Farah.
“ Farah, Farah lupa kot Ana baru duduk Kelantan dua tahun. 15 tahun Ana kat KL. Ana tak malu kalau orang tahu Ana orang kampong sebab Ana ada harga diri yang takde pada kebanyakan perempuan bandar zaman sekarang.” Ana melipat baju pemberian Farah dan seluar jean digantung di dalam almarinya.
“Ana, cakap jangan berlagak sangat. Ana ingat Ana tu perempuan melayu terakhir la.” Farah mengekek ketawa.
“ Ala… Farah bukan perempuan melayu ke? Hmm…okeylah baju ni Farah ambik seluar ni Ana pinjam k. Ana pun bukannya bawak baju banyak sangat.” Ana menggamit Farah keluar dari bilik itu. Farah membawa Ana mengelilingi kawasan perumahan Pantai Hill Park itu. Esok Farah akan membawa Ana ke kawasan kilang di Kelana Jaya untuk memohon jawatan operator pengeluaran.
……………………………………………………………………………………………
Farah membawa masuk Ana ke Base C bangunan Western Digital. Base itu adalah tempat pertama operator pengeluaran baru seperti Ana dibawa bekerja. Base yang paling senang bagi pusat pemprosesan cip computer itu ialah bahagian pembungkusan. Masuk hari ketiga Ana mula seronok dengan pekerjaannya. Pertama kerana dapat menyesuaikan diri dan kedua mendapat ramai kenalan. Kebiasaannya Ana akan rehat bersama Farah. Tetapi yang membuatkan Ana tidak selesa ialah tatkala Farah sering mengundang pekerja lelaki lain untuk makan bersama mereka. Itu Ana tidak kisah kerana dia memang suka berkawan dengan semua orang. Yang menjadi masalahnya Farah yang bertindak selaku orang tengah untuk mereka jadikannya sebagai teman istimewa.

Hilman selaku supervisor di situ amat menyukai perilaku Ana yang rajin dan tidak seperti pekerja lain yang mencuri tulang, berbual kosong dan mencuri masa bekerja. Ana rajin dan manis orangnya. Sejuk hati memandang Hilman berkira-kira di dalam hatinya. Hilman sendiri bukanlah baik seperti Ana. Tidak mungkin aku dapat memilikinya. Bisik hati kecil Hilman. Apa-apa pun akan dijaganya Ana seperti adik kandungnya sendiri. Itulah janjinya. Bagi Ana, Hilman seorang ketua yang baik dan bertanggungjawab. Tetapi menurut cerita pekerja yang lain Hilman seorang lelaki yang pantang nampak perempuan berdahi licin. Semua akan disapunya. Hilman tidak pernah gagal. Itulah kata mereka sebagai peringatan untuk Ana yang sering mencuri perhatian bos mereka di base itu.
Suatu hari base mereka didatangi pekerja baru. Gadis bernama Salmah dari Gua Musang Kelantan. Cantik. Amat cantik. Sedangkan pekerja perempuan pun terpegun inikan pula lelaki. Salma berkawan baik dengan Ana kerana mereka boleh bersembang loghat mereka. Salma pula masih pekat loghatnya yang kadang-kadang tidak difahami kawan yang lain. Hanya Ana lah yang emmahaminya dan penterjemahnya secara tidak rasmi. Hilman mula mengalihkan perhatiannya kepada Salmah.
Ana memerhatikan perubahan Salmah dengan penuh simpati. Mula-mula sampai berbaju kurung bertudung. Masuk minggu pertama tudung hilang diganti dengan rambut Salmah yang panjang keperang-perangan. Asli. Perubahan kedua pada wajahnya sudah mula bermekap. Itu perkara biasa bagi Ana. Mungkin untuk menyesuaikan diri dengan suasana kota metropolitan ini. Nah sekarang, Ana sendiri terkejut. Baju sendat dengan seluar paras lutut. Yang menggelikan hati Salmah bertukar kepada Amy.
“Amy, Ana terkejut lah dengan perubahan Amy ni. Apa yang buatkan Amy berubah?” Ana melekatkan sticker pada plastic aluminium itu. Tangannya ligat menyelesaikan kerja.
“ Ana, kita orang KL ni kenalah open minded, berfikiran terbuka, up to date.” Amy memasukkan cip ke dalam bungkusan aluminium itu.
“Amy, orang kampong ke bandar ke sama aje. Tak payahlah kita berusaha untuk jadi orang lain semata-mata nak jaga imej kita. Yang penting kita kena bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita yang tidak terdapat pada orang lain. Ana kat sini takde siapa pun yang ejek Ana walaupun Ana pakai baju kurung. Mereka yang kuno dan kolot. Al-Quran tak tau apa isi kandungan, sembahyang tunggang terbalik. Pandai menari selalu ke disko minum arak mereka kata moden padahal itu semua menjurus mereka kea rah tabiat manusia zaman Jahiliah. Memang kalau Ana cakap ni takut Amy ingat Ana cakap besar tetapi Ana pun ada kekurangannya. Banyak Amy. Sebab tu Ana tidak berani mengatakan orang yang tidak sembahyang tu tidak baik. Itu hal mereka dengan Allah. Ana cuma cakap berlandaskan hokum dan nas yang betul.” Ana cuba membawa Amy meneroka dan menghargai dirinya sendiri.
“ Takpelah Ana. Amy tak suka dengar ceramah agama waktu ni. Okey. Ni esok malam ada persembahan artis kat Dataran Merdeka. Jom pergi.” Amy mengubah topic perbualan mereka.
“ Pergi dengan sape?” Tanya Ana.
“ Ala kita berdua je. Eh lupa. Ustazah mana pergi tempat macam tu kan.” Sambung Amy.
“ Ishh, bila pulak Ana jadi ustazah ni. Ok Ana pergi. Ana ni kalau Amy nak tahu suka tengok konsert tapi berpada-padalah. Ana bukan sempurna sangat. Ana suka menyanyi, menari. Kalau Ana ustazah, Ana kena buang semua tu. Sebab tu Ana tidak layak jadi ustazah. Tidak pernah ada cita-cita tu pun. Tapi apa yang penting kewajipan kita kepada Allah kita tunaikan. Tugas kita di muka bumi ni kita laksanakan setakat mana kita mampu. Kita ni tidak sempurna.” Ana menghabiskan kerja melekat sticker pada cip terakhirnya.
Esoknya…
“Hai Ana. Lama tunggu?” Sapa Amy. Disebelahnya kelihatan Hilman yang mesra memaut lengannya. Hilman melemparkan senyuman ikhlas pada Ana.
Ana membalas senyum Hilman. Sepanjang perjalanan dari Bangunan Dayabumi ke Dataran Merdeka, Ana sempat berbisik kepada Amy. “ Hati-hati kawan dengan Hilman. Jangan bagi dia sentuh Amy tanpa ada ikatan yang sah. Dia tu lelaki buaya darat.” Ana memberi peringatan.
“ Hehehe jangan jadi kolotlah.” Balas Amy.
Konsert itu berakhir jam 12 malam. Ana mengajak Amy pulang. Amy menolak. Katanya ingin bersiar-siar di Taman Tasek Perdana bersama Hilman. Ana kecewa. Ana meminta diri untuk pulang. Amy dan Hilman meneruskan agenda mereka.

Ana mencari-cari kelibat Amy. Sudah tiga hari Amy tidak dapat bekerja. Tidak ada sesiapun yang tahu tentang Amy. Hilman pun tidak tahu. Masuk hari keempat barulah Amy menunjukkan kelibatnya itupun dengan wajah yang sugul.
“ Ana, Amy mintak maaf. Amy yang bodoh, Amy yang kolot, tak guna, kuno.” Amy dengan sedu sedannya memeluk Ana.
“ Kenapa ni?...cuba bagitahu Ana apa kesnya ni?” Ana mengusap rambut sahabat baiknya itu.
Daripada cerita Amy, Ana tahu. Amy telah terlanjur melakukan satu kesalahan besar yang amat. Hilman tidak mahu mengambil tahu dan bertangungjawab. Kalau didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman rejam dengan batu atau disula. Itu dahulu. Mujur sekarang tidak ada lagi hukuman seperti itu. Kerana itu juga manusia yang cerdik pandai zaman sekarang tanpa segan silu tanpa rasa takut membuang bayi, membunuh bayi dalam kandungan, tanpa rasa bersalah membuat hubungan terlarang sebelum kahwin, tanpa rasa malu membuat hubungan sulit dan tanpa rasa berdosa bersekedudukan sebelum kahwin. Yang banyak melakukan perkara terkutuk itu tidak lain dan tidak bukan ialah kaum sejenis Ana sendiri. Perempuan Lelaki satu sahaja kesalahan mereka, berzina… sedangkan perempuan menanggung berapa banyak kesalahan lain di atas satu kesalahan itu. Sebab itulah pentingnya menjaga maruah diri, jati diri dan harga diri. Astaghfirullahal azim. Minta dijauhkan perkara seperti itu menimpa diriku, rakan-rakanku, keluargaku dan mereka di sekelilingku. Amin.

Kuih raya

Tahun ni alhamdulillah permintaan kuih raya makin bertambah...penat sikit ler nak handle kat kl ngan kedah tapi kite suke benda2 bisnes ni so takde hal lah..hari ni tido umah kaksu nak siapkan flash...harap2 boleh siap

Ahad, 23 September 2007

Hijau mata hitamku


Sekolahku ...rindunya pada kantin, org pejabat..hehe..Wahai kakak2 ku...3 minggu lagi habislah kite berkursus...jom lepas ni kite nak join balik geng poye2 kite naik wish kak shidah pulak...sayang kiter lambat naik kete kak shidah kan.hmm...miss u all..takpe nak balik dah ni...hehe

Jumaat, 21 September 2007

Abang dan adik



Inilah anak-anakku yang lincah dan tidak terkawal oleh emaknya. Hmm takde dua orang ni sunyilah tok dia. Iman Alimi Bin Ahmad Izaney umur 4 tahun...sayang betoi die ngan adik dia Alessa Diana 1.8 tahun...

Shopping raya

wah seronoknya minggu ni...beli baju raya kat pasific kot..tapi kenapa tahun ni keghairahan nak beli baju raya tu tak timbul...hehe sebab ada benda lebih besar dan bermakna sepanjang 2 minggu ni. pertama lulus ujian memandu 12.9.07, kedua siap buat lesen 16.0.07, ketiga booking kete kancil kaler maroon no plet WGS 2959.kete second jerk..jimat minyak dan boleh bawak kl.hehe. Kirenya kursus ni banyak benda ler kiter boleh dapat..sambil menyelam minum air...adios.

Rabu, 19 September 2007

Bahang KDP TMK

Sesungguhnya rasa amat best kursus di sini..sekurang-kurangnya rindu terhadap rumah dan sekolah sedikit sebanyak terubat dengan telatah dan peel kengkawan di sini. Perbezaan usia, pangkat dan taraf sosial tidak membataskan perkenalan kita. Maaflah kalau kiter dalam kelas tak banyak bercakap…kiter pakar bercakap dalam chatting atau sms…kalau rajin…hehe…Bukan ape berdasrkan pengalaman yg ada, rasanya memang kiter takut untuk menyakitkan hati orang walaupun kadang2 terjadi tanpa disedari, Kalau ada sape2 tersinggung hati atas apa jua perlakuan kiter tu maafkanlah tak pun cakap..maybe boleh dijadikan satu guide untuk I jadi insan yg cemerlang…amin.
apa pun I like to share something that I had involved before to as my sharing with u all…Apa-apa pun I minat dalam outdoor aktiviti kalau ada apa2 nak naik gunung ke, nak buat camping ke, nak buat level scuba dll …da link ke Bukit Merah nak masuk iron bound leh contact….

PertembunganTamadun