Ahad, 15 November 2009

Jumaat, 13 November 2009

Hari pertama di maktab

Bile baca blog kawan aku nih..aku teringat dan jangan marah arrr..hehe..aku nak tulis gak:-
hari pertama jam 9.00 pagi seorang budak perempuan bersama ibunya menjinjit baldi berisi barang mandi dan bahan membasuh dan disandang beg galas sebelah tangan lagi beg balik kampung yang murah (beli di pasar malam harga rm10). Naik bas dari Pantai Dalam berhenti depan Kota Raya..berjalan kaki ke Pudu untuk menaiki bas.Memang menjadi perhatian lagi-lagi baldi merah itu.
Budak perempuan itu buat bodo jerk...bo layan n buat tak tahu..Pesan ayah..jangan perasan org dok tgk kite...aku pegang prinsip tu walaupun aku tahu aku dan mak aku jadi perhatian orang yang lalu lalang disitu.
Sesampai di Ipoh aku terkejut..wahh ramainya Cina dan India di bus stop ni.kalau kat KL tu cina dan India banyak naik kete..jarang diorang naik bas..tapi kat ipoh ni aku terkejut jugak.
Naik teksi sampai ke maktab di dewan besar tempat untuk pendaftaran.melangkah masuk ke pagar MPIP aku lihat betapa segaknya pelajar lelaki berbaju kemeja bertali leher..dan muka memang matched tak macam masa aku kat UiTM dan UTM, masing-masing muka(pelajar lelaki) memang budak2.kat sini aku nampak gaya cikgu..ok kire ada jugak lelaki yang bagus dan tak poyo.
sampai di dewan aku disambut dengan ramah oleh kakak2 senior...abng2 senior pegang beg, baldi aku n letak kat tempat naik coster untuk ke asrama sementara aku beratur untuk mengisi borang, mengambul gambar(lupa nak bawak gambar).memang ramah tamah..aku ingat akak cina ni kecik comel nama dia aper ekk..lupe lak...sementara aku dok isi borang ntah tak ingat borang hapa2 ntah..aku terdengar desas desus di belakang aku dok mengatakan ha..itulah sulia...anastasia kat lorong sana...aku confius jugak nape diorang dok cari aku ngan anastasia.aku tak amik port.sebab aku lebih memikirkan keadaan mak aku yang lepas ni kena balik KL sorang2...aku sedih sangat tpi aku memang dilatih oleh ayah aku tidak terlalu melayan perasaan.so perkara tu aku simpan...tiba masa nak ke asrama..aku ingat abg fauzan dan abg daniel yang menolong aku ketika itu. berterima kasih sgt kat diorang..aku bertolak ke asrama dan mak aku bertolak pulang ke KL..naik teksi ke Ipoh (ditemani abg senior..aku tak tau siapa..terima kasih banyak kepada mereka yang menemani mak aku beli tiket balik ke kl).
sepanjang minggu orientasi..aku lah budak perempuan paling kerek gamaknya di kalangan senior2 lelaki..senior perempuan sume suka aku..so aku ramai kakak angkat.YDP aku abg Masli..hehe sorry bro..aku tanye depan2 di khalayak ramai lagi:-(masa tu baru terima pamplet : perempuan makhruh hukumnya memberi salam kepada lelaki dan begitu juga lelaki tanpa ada sebab atau hal tertentu.lagi aku tak ingat isi kandungannya.tapi ia berkaitan dengan peraturan orientasi..kami kena bagi salam kepada senior lelaki dan perempuan:;;soalan aku masa tu:-tak boleh ke kami yang perempuan ni tak bagi salam kat senior lelaki tapi kami bagi salam pada senior perempuan...??aku tanyer jer berdasarkan artikel Helwani di tangan aku masa tu. hah start tuh aku mmg glamor habis psal soalan maut tu..hehe
disebabkan aku disayangi senior2 actually akak2 tu..jiran sebilik aku pandang serong kat aku...roomate aku pun sama..tapi aku buat dono jerk..aku berkawan dgn sume tak kire klik.aku kan U9 (opsyen sains/Kt)..kan skema skit...dlm kelas aku ramai yg tudung labuh dan alim...aku tak ...yang aku tau aku tak buat laranganNya.geng2 TESL kan sosial sket..yang tu lah aku berkawan tapi port mane aku tak berkenan tu aku tak join lah...macam ada buat hari sabtu gi utk kenal2 sesama senior..hah yang tu aku tak pergi...aku cukup jaga imej aku..lelaki yang keluar dengan aku itulah akan jadi suami aku...jadi sebab aku tak nak kawin lagi aku tak dapat nak terima pelawaan mereka..bukan aku sombong..tapi itu dah tertanam dalam otak aku.bukan sebab aku demand pilih yang kaya atau yang handsome sahaja tetapi aku memilih yang betul2 menerima aku seadanya

Ahad, 8 November 2009

Keinsafan 2

Hari ini aku terkesima seketika sebaik sahaja melangkah ke tempat aku parking kete...sah keta aku kena clamp.perasaan membuak2 marah menghantui diri aku..apa lagi aku gi serang ofis parking tu..aku tanye sape clamp kete aku..ada budak jaga tuh kate makcik tu (rambut ngerbang pakai baju hijau muka ala-ala indon)...aku terus maki hamun dia suruh bukak kete aku..aku nak balik...mase tu dah kul 6.30 ptg...kete aku jer tinggal kat situ...aku maki hamun dia sumpah seranah sume kuar dari mulut aku..kawan aku terkesima.ini ker kak su nih...??biar betul (rasa aku la)....
aku campak duit rm50 kat muka indon tu...n aku amik pic dia...aku nak suruh polis tgk dia ni ada permit keje tak.pastu ada sorang jaga nih kononnya nak jadi hero dia kate aku masuk bangunan tu tak bagi salam tetiba nak mengamuk.

jaga: sedap jer marah marah orang..dah lah datang sini tak bagi salam
aku: sape ko aku nak bagi salam...ko tu kuli jerk...bukan bos pun
jaga: mulut tu jaga sikit yerk...jap lagi aku hentak sama kot
aku: Ko nak hentak aku..meh ler...
(aku dah siap ngan kaki aku nak flying kick kat dia pandai lak dia mengelak kate aku tak padan ngan pompuan)
masa tu aku terfikir kan best kalau aku ni mmg handal karate orang..mau patah tengkuk mamat tu aku belasah...

muka minah indon tu macam mencuka pasal aku suruh dia buka cepat dia sbuk suruh aku bayar...aku kata aku bayar lah..hah kena ngan aku...
selepas aku menaiki keta ...aku dapat rasakan badan aku menggigil sesangat...
masa tu baru aku ingat istighfar banyak kali...kawan aku kat sebelah pun aku tak perasan...lama2 sket emosi n fizikal aku dah stabil...aku pasang lagu...baru rase sejuk sket...aku mintak maaf kat kawan aku terpaksa tgk aku mengamuk..
kesimpulannya betul kata kawan aku kat sekolah: kita kalau bercakap ngan orang yang tgh marah ibarat bercakap ngan syaitan kerana syaitan bersama mereka yang tgh marah.
astagfirullahalazim...aku teringat ayat tu...mohon maaf pada Allah banyak banyak...salah aku..yang aku nih berlagak selamba parking kat tempat yang mmg tulis clamp zone.kesimpulannya aku mmg kene berubat pasal hormon tak stabil...dulu mak sedara aku siap bagi aku air penawar lagi tak bagi aku suka suka hati jerk marah2 orang...takut aku kene bomoh katenyer..padahal dia dah bomohkan aku...insaf sekejap

Keinsafan

Hari ini buat pertama kali aku menangis semasa menjawab exam.
Aku tak pernah sampai tahap macam ni...aku baca; ulangkaji tapi masalahnye sume tak kuar dari minda aku...otak aku tak boleh nak memorize langsung aper yang aku baca...
aku susah hati..mcam ni gayanya hancurlah impian aku untuk buat master kat uk..sambil aku mengamati soalan (bahasa inggeris) tentang radiochemistry tuh..air mata bercucuran di pipi menahan sebak..seketika tangan aku menyeka air mata di pipi..aku sebak sangat. Inikah dia bekas pelajar cemerlang???malu kat adik adik sekelas...di sini aku insaf seketika...mengingatkan aku bahawa manusia itu tidak selamanya berada diatas kerana dunia ini ibarat putaran roda adakala kita di atas adakala kita di bawah...skrang aku berada di bawah...Ya Allah kembalikanlah kekuatan untuk ku bergelar pelajar cemerlang sekali lagi..atau adakah ini satu hikmah supaya aku tak teruskan niat untuk ke uk???..bile aku fikir2kan ..mungkin juga kerana husb aku tak berkenan dengan hasrat aku ke uk. Ya Allah aku teringin untuk berkongsi kejayaan ku ini dengan ayah ku yang menanti aku menggenggam ijazah doktor kehormat.Anak sulong, anak harapannya untuk menjadi contoh kepada adik2 yang lain. Amin

Rabu, 4 November 2009

Isnin, 2 November 2009

Aktiviti lain VS Papadom

Geng PoyoPoyo


Seronoknyer mase ni kan...tgk wayang makan-makan, jalan-jalan jelajah One Utama, cari parking, naik lif, naik eskalator, pergi tandas...kekeke.tgk papadom..mula2 jer gelak giler...lepas2 tu tertanya tanya jugak naper aku tak gelak2 lagi..sedih ader sket2..tapi bagi aku citer ni masih tak mampu melawan kejenakaan citer miss congeniality (masa kat maktab)..mmg pecah perut n 2 kali aku tgk..kuikuikui.hmm masa balik tu terserempak entertainment zone yang ada pusat snooker, pusat bowling ...leh lah join memandangkan suasana persekitarannya yang aman damai kalau waktu hari biasa.

PertembunganTamadun