Isnin, 5 November 2012

Hegemoni Barat


Pengenalan
Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang membawa maksud pengaruh atau penguasaan. Istilah asal adalah dari Yunani iaitu hegeisthai.  Konsep hegemoni digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan. Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan hubungan antara kelas masyarakat yangtertentu dimana unit yang dominan akan memonopoli unit yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Hegemoni Barat bermaksud pengaruh Barat. Globalisasi adalah diambil daripada perkataan Inggeris iaitu globalization yang membawa maksud menyeluruh. Secara teknikalnya perkataan ini membawa maksud “dunia tanpa sempadan”, “dunia sebagai satu kampung”, ataupun “maklumat di hujung jari”. Ini kerana segala maklumat berada di hujung jari manakala semua perbincangan dan transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan begitu cepat dan mudah melalui kecanggihan alat komunikasi dan teknologi terkini.

Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha mengubah nilai manusia seperti cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia kepada satu daerah dunia yang lain.Usaha globalisasi merupakan penerapan ideologi, budaya dan cara hidup kuasa-kuasa besar. Ia adalah satu agenda bentuk baru penjajahan Barat untuk menguasai negara lain dan dunia. Pada satu tahap globalisasi dapat digelar westernization bertujuan memalingkan mentaliti manusia ( berkiblatkan Barat ) atau mengubah mentaliti ke arah mengagungkan Barat.

Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat manusia kepada satu masyarakat sahaja. Modelski mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap pembentukan pandangan dunia masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi. Kenichea Ohmea mentakrifkan globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi untuk memperluaskan lagi hegemoni Barat.

Faktor yang memberi sumbangan kepada kelahiran dunia global ialah penciptaan alat komunikasi yang semakin canggih dari masa ke semasa yang bukan sahaja canggih dari segi fizikal dan kegunaannya sahaja malah kos yang dilaburkan untuk mendapatkan perkhidmatan atau memiliki peralatan itu semakin murah dari masa ke semasa. Pencapaian teknologi informasi yang tinggi memberi sumbangan yang amat besar kepada kelahiran dunia global pada hari ini.Tidak dapat dinafikan penggalakan kepada elektonik dan lain-lain urusan yang kesemuanya menggunakan perkhidmatan e- dalam kehidupan manusia hari ini akan menyemarakkan lagi kesinambungan dunia global yang dijadikan pemangkin dalam perluasan hegemoni Barat seantero dunia. Penciptaan dan pelancaran satelit yang kini mempunyai keupayaan yang amat tinggi dan mempunyai kegunaaan yang amat besar dalam dunia komunikasi antarabangsa.

Dalam masyarakat manusia global pada hari ini akan terjadi pola hubungan sosial yang berbeza dari sebelumnya. Kemudahan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan mudah, jaringan komunikasi yang menjangkau setiap pelusuk dunia akan mencipta komuniti global yang mewujudkan masyarakat yang mudah mengenali antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan budaya, agama dan lokasi. Ahli-ahli sosiologi berpendapat dunia global telah menyebabkan tembok-tembok yang membatasi pertembungan budaya telah dirobohkan. Masyarakat telah dibawa kepada satu persekitaran keterbukaan budaya yang tidak mengenal batas dan identity. Seluruh masyarakat akan menamakan diri mereka warga dunia. Melalui media komunikasi moden, masyarakat yang berada di Malaysia contohnya tidak perlu ke Amerika Syarikat semata-mata untuk mendengar lagu-lagu barat kegemaran mereka. Peminat-peminat fesyen tidak perlu ke Paris untuk melihat fesyen terbaru. Semuanya boleh didapati dihujung jari sahaja sekarang ini. Hanya berbekalkan jaringan internet dan sentuhan di hujung jari melayari youtube, facebook dan web dapat dilayari dengan mudah. Sfera dunia semakin kecil. Kita semakin tidak sedar bahawa budaya manusia menjadi semakin kompleks dan tidak menentu yang membuatkan sebahagian besar warga dunia mengalami disorientasi nilai.

John Naisbit dan Patricia Aburdence berpendapat bahawa dunia sekarang dibentuk oleh enam peradaban besar iaitu peradaban Barat, Cina, Jepun, Islam, Hindu dan Amerika Latin. Konflik antara peradaban berlaku disebabkan beberapa factor antaranya ialag latarbelakang sejarah, bahasa, budaya dan agama. Perbezaan peradaban agama melahirkan pandangan manusia terhadap hubungan dengan Tuhan, individu dan kelompok, warga dan negara, orang tua dan anak, suami dan isteri, hak dan kewajipan serta kebebasan dan kekuasaan. Perbezaan ini merupakan hasil proses kehidupan yang telah berabad-abad lamanya dan tidak mudah hilang dengan sewenang-wenangnya.Proses modenisasi ekonomi dan social menyebabkan masyarakat hilang identiti serta melemahkan negara bangsa mereka. Sebahagian daripada pelopor agama dunia dicap sebagai fundamentalis kerana menentang modenisasi barat. Sebahagian masyarakat dunia mula berpaling kepada peradaban bukan barat. Manusia semakin banyak menunjukkan kecenderungan untuk kembali ke Asia. Kekuasaan barat terpaksa berhadapan dengan peradaban Jepun yang semakin berkeinginan untuk membentuk dunia dengan cara mereka dan menjadikan peradaban mereka sebagai peradaban dunia. Regionalisme ekonomi semakin meningkat. Masyarakat Eropah bersandarkan kepada landasan budaya Barat Berjaya mewujudkan perdagangan pasaran bebas dengan sokongan Kanada dan negara-negara Amerika Selatan sebaliknya Jepun menghadapi kesuitan dalam mencipta entiti ekonomi kerana masyarakat Jepun masih terasing dengan negara-negara Asia yang lain. Perbezaan agama dan budaya Jepun menghalang integrasi nasional Asia seperti yang tercapai oleh Eropah.

Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak bergantung kepada konflik politik global. Kemelut kemanusiaan pada saat yang laing kritis dan tragis. Pembersihan etnik di Kosovo, kemelut pencemaran alam, penaklukan Amerika Syarikat ke atas Iraq, perang saudara yang terus menerus dan pelonggaran hak asasi manusia adalah merupakan permainan pengaruh politik kuasa-kuasa besar dunia. Kekuasaan barat berada pada puncak luar biasa dalam hubungannya dengan peradaban lain. Kekuatan tenteranya tidak dapat ditandingi. Ia mendominasi lembaga politik dan keamanan antarabangsa. Masalah-masalah politik dan keamanan global secara totalnya dikuasai Amerika, Inggeris dan Perancis. Keputusan Dewan Keamanan PBB yang mencerminkan kepentingan barat dikemukakan sebagai cerminan dari keinginan masyarakat dunia keseluruhannya.

Dominasi Barat atau Dewan Keamanan PBB serta keputusannya hanya sekali sekala diganggu oleh Cina yang ternyata tidak begitu memberi kesan seperti yang sepatutnya. Amerika Syarikat masih Berjaya memujuk Dewan Keamanan PBB menuntut Libya menyerahkan orang-orang yang dicurigai melakukan pengeboman dan menguatkuasakan serangan ke atas Iraq atas alas an penggunaan tenaga nuclear.

Idea barat tentang individualism, Liberalisme, pemerintahan berdasarkan hokum, demokrasi, pasaran bebas, pemerintahan diasingkan dari gereja (agama) akhirnya telah tercipta imperialism terhadap hak-hak asasi manusia dan reformasi nilai-nilai masyarakat setempat.

Pemimpin Turki dihujung abad e 20 telah mengikuti tradisi Kamal Attartuck serta mendefinisikan semula Turki sebagai negara secular dan Turki disatukan dengan barat dalam perjanjian NATO serta perang teluk. Politik secular barat telah menular tanpa dibatasi atas nama negara moden. Idea-idea masyarakat dunia telah dijajah dan akhirnya berlaku kolonialisme bentuk baru.

Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini menyebabkan falsafah social barat telah berkembang pesat dikalangan masyarakat dunia. Falsafah kebendaan ini mengajar kehidupan yang mengosongkan perkiraan dan pertimbangan daripada kehidupan beragama. Kemajuan yang dianjurkan adalah kemajuan material iaitu pencapaian dan perolehan kesenangan di dunia  yang bergantung kepada tuntutan nafsu. Manusia moden ternyata hilang aspek kawalan moral dan terjebak dalam cinta kepada kebendaan. Gejala social Barat semakin bercambah meliputi pelbagai aspek kehidupan falsafah sosial barat. Globalisasi menyalurkan cerita-cerita memberansangkan, kecenderungan seksual, menjaga iklan gaya hidup barat serta membawa bersamanya kemudahan amalan rasuah dan riba.

John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam Megatrends 2000 menyatakan bahawa telah berlakunya kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke 21 apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food, Fashion and Fun). Sebagai contoh makanan dan minuman yang menjadi kegemaran daripada pelbagai daerah adalah resepi Kolonel Sanders dari Kentucky Fried Chicken. Kanak-kanak sekarang lebih berminat kepada McDonalds atau Pizza Hut daripada sajian tempatan. Coca-cola, Pepsi menjadi begitu rapat dengan remaja. Ringkasnya makanan dan minuman ala barat telah menjadi kegemaran masyarakat dunia tanpa timbulnya persoalan dan rasa sangsi di kalangan umat Islam.

Kota-kota besar seperti Paris, New York dan Milan Berjaya menentukan perubaha fesyen pakaian masyarakat antarabangsa. Majalah model France Elle dicetak dalam 16 edisi antarabangsa dan antara pelanggan yang terkemuka ialah wanita Kuwait dan Arab Saudi. CNN dan stesyen televisyen terkemuka sentiasa melaporkan model-model terbaru dengan bantuan teknologi komunikasi moden dan sangat mendapat perhatian di seluruh dunia. Pereka-pereka fesyen tempatan galak meniru fesyen-fesyen barat walaupun ianya jelas bercanggah dengan tuntutan Islam. Dunia hiburan telah menjadi perniagaan antarabangsa. Industri filem dan muzik telah dikuasai sepenuhnya oleh peradaban barat yang terkandung di dalamnya nilai-nilai negative yang melalaikan manusia untuk menumpukan tumpuan terhadap tuntutan agama. Menurur Berger The Sacred Canopi (1991), manusia moden telah hilang keseimbangan yang kritikal yang kemudiannya menumbuhkan naluri kehaiwanan dalam dirinya. Manusia moden berjaya mencipta berhala-berhala baru yang mana kekuatan agama tidak berjaya untuk menarik perhatian. Televisyen mampu menjadi berhala-berhala tersebut bagi anak-anak yang masih lagi memerlukan bimbingan. Mereka tidak lagi berguru kepada ibubapa atau guru kerana rumah mereka telahpun dilengkapi dengan internet dan pelbagai media elektronik yang canggih. Melalui televisyen dan media elektronik maka berlangsungnya proses pembunuhan budaya.

Dengan kejayaan ini, secara tidak langsung mengukuhkan lagi ekonomi negara barat.

Fenomena penguasaan negara kecil dan lemah oleh negara yang besar bermula sejak Zaman Imperialisme. Apabila berlakunya peningkatan taraf hidup manusia yang sejak azalinya memang tidak akan puas dengan apa yang dikecapi maka manusia mula tamak dan memikirkan cara untuk menjadi lebih berkuasa.Penguasaan dan penjajahan adalah berbeza bentuk dan tujuan penguasaan dari masa ke semasa berdasarkan kepada situasi dan kehendak semasa.

Hegemoni Barat telah dimulakan sejak berabad lamanya tetapi bentuk penghegemoniannya adalah berbeza antara dulu dan kini. Manifestasi hegemoni Barat ke atas benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum ini adalah dalam bentuk penjajahan dengan tiga matlamat utama iaitu Gold, Gospel dan Glory. Dasar ini dijalankan hamper 500 tahun dengan mengaut banyak sumber asli dan tenaga manusia. Kini hegemoni Barat iaitu pemapanan elemen peradaban Barat secara global.

Walaubagaimanapun terdapat pandangan dari kalangan ahli sejarah menyatakan bahawa globalisasi blok Barat telah bermula selepas kejatuhan Islam di Sepanyol lagi. Ketika itu pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang lama bertapak di sana telah dibawa balik ke Barat diaplikasikan secara keseluruhannya dan dilabelkan dengan jenama baru. Segala hasil tulisan dalam bahasa Arab dirampas dan  dibawa menaiki kapal dimana para ilmuan Barat membuat terjemahan dan kitab-kitab ilmu Islam telah dibuang ke laut. Laut Hitam ialah laut yang telah menguburkan semua kitab-kitab itu. Laut itu menjadi hitam kerana kesan dakwat daripada buku-buku tersebut.

Proses pengglobalisasi ini telah berjalan dengan lancar tanpa banyak halangan kerana tiada lagi persaingan. Ini ditambah dengan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang ada hingga hari ini memudahkan lagi pengaliran nilai-nilai globalisasi Barat ini.

            Kini hegemoni barat bertindak dengan lebih drastik menguasai negara-negara lain dari pelbagai sudut penguasaan seperti politik, ekonomi, budaya, pemikiran, perundangan, teknologi, pendidikan dan lain-lain.Baru-baru ini penguasaan dari sudut ketenteraan dapat dilihat dan dilakukan ke atas negara yang tidak sehaluan dengan mereka.Sasaran terkini konspirasi mereka ialah agama Islam dan seluruh umatnya.

            Blok Barat yang diterajui Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan agenda hegemoni mereka untuk mendominasi dunia jelas dapat diperhatikan melalui polisi yang diamalkan oleh mereka.Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke atas bukan Barat ialah usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal, dan kimia yang berat sebelah, usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat serta menjaga integriti negara-negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.

            Jeffrey F Bennet telah merumuskan ciri-ciri dominasi Tamadun Barat ke atas dunia sejagat. Antara kelebihan Barat ialah memiliki system perbankan antarabangsa bertaraf dunia iaitu IMF (Internati) , World Bank dan bank-bank gergasi antarabangsa.
Barat juga mengawal matawang utama dunia iaitu US dollar yang digunakan sebagai pengukur nilai mata wang antarabangsa. Mereka juga menghasilkan pelbagai jenis barangan dan ini secara tidak langsung menjadikan Barat sebagai pasar dan juga pelanggan barangan utama dunia. Jika diperhatikan mereka mengeksport pelbagai barangan perindustrian, pertanian, pembinaan dan pelbagai lagi dan ini menjadikan mereka Berjaya untuk mendominasi pasaran antarabangsa. Lihat sahaja di negara kita, pelbagai barangan dari luar negara yang melekat di hati rakyat Malaysia seperti KFC, Macdonald, Coca cola, dan seumpamanya. Dari segi kepimpinan moral dunia juga Barat dilihat sebagai contoh yang terbaik melalui propaganda mereka yang disalurkan melalui pelbagai saluran media.

Barat menunjukkan keprihatinan mereka dengan menawarkan bantuan ketenteraan kepada negara-negara yang berperang. Memandangkan agenda baru mereka ialah menghapuskan Islam maka, bantuan ketenteraan biasanya diberikan kepada negara yang ingin memerangi negara Islam. Memandangkan Barat mendominasi pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi, mereka berupaya mengawal laluan maritime antarabangsa. Dengan kemajuan sains dan teknologi mereka mampu untuk mengadakan kajian penyelidikan dan pembangunan teknikal terkemuka di dunia. Jika diperhatikan Barat juga mendahului dari segi penerokaan angkasa lepas. Bukan itu sahaja teknologi maklumat mereka juga lebih terkehadapan beratus tahun berbanding negara Timur.

            Mereka juga mendominasi dunia dari segi bahasa komunikasi. Ini dapat diperhatikan sekarang bahawa kebanyakan negara menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan bahasa kedua. Segala urusan antarabangsa dalam semua bidang seperti politik, ekonomi dan social akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara utama.Selain itu, mereka juga mengawal penciptaan dan pembangunan senjata nuclear, biological dan kimia melalui perjanjian non-poliferation senjata terhadap negara-negara lain yang disebut istilah obligatory compliance.

            Melalui media antarabangsa juga Barat memainkan peranan penting dalam menanamkan perasaaan takut manusia terhadap Islam dengan momokan seperti penggganas, poligami dan sebagainya. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui kenyataan Profesor James Kurt, Senior Fellow at US Foreign Policy Research Institute yang menggambarkan hasrat Amerika Syarikat untuk mendominasi dunia Islam.

            Amerika Syarikat dan sekutunya telah bertindak sebagai kuasa penjajah baru yang mengancam keselamatan dunia Islam dan juga mana-mana negara yang tidak seangkatan dengannya.Campurtangan Amerika untuk menjatuhkan Marcos di Filipina dan Saddam Hussein di Iraq atas nama reformasi rakyat sehingga mencetuskan Perang Teluk dan menggunakan platform Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong tindakannya menyerang bumi Iraq.

            Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikan dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Amerika Syarikat juga menyebarkan ideology liberal demokrasi dan pasaran bebas yang diamalkan olehnya kepada negara-negara lain, khususnya negara-negara membangun. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah melalui Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) sebenarnya adalah percubaan Amerika Syarikat dalam memperluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran. Ini bermakna mana-mana negara yang mengamalkan cara dan system yang bertentangan dengan kehendak Amerika Syarikat akan dapat dibendung dengan mudah.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan tindakan Barat khususnya Amerika didakwa sebagai kempen memerangi keganasan atau disebut anti pengganas antarabangsa yang menjadikan umat dan negara-negara Islam sebagai sasarannya. Sebenarnya kempen anti pengganas mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dasyat ke atas World Trade Centre (WTC), New York pada 11 September 2001.Pihak Amerika Syarikat dengan rasminya mengistiharkan perang terhadap pengganas global. Umat Islam terus dilibatkan dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan yang mencemar imej Islam sebagai agama yang sukakan keamanan. Penguasaan Barat terhadap media utama mempercepatkan lagi serangan propaganda mereka terhadap ajaran agama, umat dan negara-negara Islam. Mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang disamakan dengan pengganas dan anti Barat. Barat dan media mereka kini melaungkan slogan pengganas Islam bagi terus mengecap umat Islam sebagai pengganas.

Kesimpulan

            Hegemoni Barat sejak berabad yang lampau telah banyak mempengaruhi hala tuju dan dasar negara-negara tertentu khususnya yang pernah dijajah secara fizikal oleh mereka. Segala kekayaan sumber asli yang diangkut dari negara-negara tersebut telah diguna kembali untuk menguasainya dalam bentuk penjajahan yang lain. Dasar globalisasi yang dipelopori Barat banyak memberikan kesan kepada ketamadunan dunia yang meliputi politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain lagi.

            Bagi umat Islam, cara untuk menangani perkara ini perlulah dengan cara Islam iaitu menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Umat Islam perlu bijaksana dalam menghadapi segala bentuk ancaman dan serangan yang timbul daripada fenomena hegemoni ini. Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan dan keislaman perlu dikukuhkan dan didampingi persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang betul-betul mengikut landasan Islam sambil berusaha mengembalikan era globalisasi Islam pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Hegemoni Barat melalui apa bentuk sekalipun seperti globalisasi perlu ditangani dengan baik agar masyarakat dapat dihindarkan daripada pengaruh dan corak hidup yang menyeleweng daripada nilai keagamaan dan leka dengan kehidupan yang tidak bermoral.


REFLEKSI
            Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi saya banyak mendapat input tentang kejadian-kejadian dan sejarah meliputi pelbagai tamadun dan pertembungan antara tamadun yang membawa kepada kemajuan teknologi dan peradaban dunia pada hari ini. Dalam tempoh dua minggu yang disediakan untuk membuat tugasan ini saya banyak membuat perbincangan bersama rakan sekelas dan pertukaran pendapat dan idea banyak menyumbang kepada tugasan ini.
            Berdasarkan tugasan ini saya sendiri terkesima dan dalam sudut hati yang kecil berharap agar pembelajaran saya ini mampu mempertingkatkan diri saya menjadi manusia yang berguna kepada manusia yang lain dalam menyampaikan ilmu dan meningkatkan kesedaran kepada anak-anak didik yang lain agar mereka sentiasa berpegang kepada jalan yang benar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang makin mencabar dari hari ke hari. Jika tiada pegangan agama yang kukuh, rosaklah generasi masa hadapan sekiranya tidak dikekang dari sekarang.
            Lihat sahajalah sekarang berapa ramai golongan anak luar nikah yang dilahirkan di muka bumi, berapa ramai umat Islam yang membazirkan wang untuk membeli rokok, berlumba-lumba mendapatkan gajet terkini di pasaran, membazirkan wang untuk memenuhi tuntutan duniawi tanpa disedari kita kurang memberi perhatian kepada pengisian hati dan nurani. Dengan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa sebagai umat Islam kita perlu menyeimbangkan kehidupan dunia dan akhirat kerana dunia ialah perjalanan menuju akhirat ibarat kata pepatah Kita Hidup Untuk Mati.





 










BIBLIOGRAFI

1.    Amir A Rahman . (1991).Pengantar Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.



4.    Kassim Ahmad.(1994).Masa Depan Bangsa Melayu. Dewan Masyarakat

5.    Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin dan Zulkifli Haron. (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. UTM

6.    Z. Kasijan (1984) . Tinjauan Psikologis Larangan Mendekati Zina dalam Al Quran. Panamas Sdn Bhd




KOLABORASI
BIL
PERKARA
T/TANGAN

































































































Tiada ulasan:

PertembunganTamadun