Punca kanak-kanak istimewa gagal menguasai
kemahiran sains adalah disebabkan masalah kognitif, fizikal dan emosi. Selain
teori pembelajaran konstruktivisme, guru sains juga perlu memahami teori
pembelajaran yang lain bagi membantu merancang pembelajaran bermakna bagi
kanak-kanak istimewa berkenaan.
a)
Terangkan
empat masalah pembelajaran sains dalam kalangan murid istimewa yang kurang
upaya dari segi pembelajaran. (
4 markah)
Murid bermasalah pembelajaran
akan menghadapi masalah untuk:-
i.
Masalah
kognitif- rendah daya ingatan
ii.
Masalah
pertuturan - Kekurangan upaya dalam membaca dan mengeja seperti rakan sebaya
yang lain.
iii.
Psikomotor-
Murid menghadapi masalah untuk menulis dan melukis rajah
iv.
Perkembangan
sosial - dimana murid tidak dapat memberi fokus lebih lama
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
dapat membantu guru sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains
terutama sekali bagi kanak-kanak istimewa.
b)
Apakah ciri
utama alat bantu mengajar yang berkesan? (
6 markah )
I.
Mempunyai
unsur audio visual yang menarik
II.
Melibatkan
penglibatan murid seperti penggunaan komputer
III.
Yang menarik
minat murid seperti penggunaan carta dengan kad huruf berwarna warni
IV.
Saiz tulisan
atau gambar yang mudah dilihat
V.
Selamat dan
senang digunakan
VI.
Boleh
disentuh dan dilihat seperti bongkah 3D
c)
Dengan
menggunakan satu jenis bahan bantu mengajar, bincangkan bagaimana bahan bantu
mengajar tersebut membantu proses pengajaran sains untuk mengajar satu konsep
sains. ( 10
markah )
Model manusia berunsur 3D dimana
murid bukan sahaja boleh melihat tetapi murid boleh merasa dan menyentuh. Isi
pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan kepada murid melalui bahan bantu
mengajar ini dengan lebih berkesan dan efektif. Melalui penggunaan model ini
murid diajar untuk membezakan jantina, mengenali anggota badan, pengenalan lima
deria, mengenali fizikal badan seperti tinggi, kurus dan sebagainya. Model ini
membantu murid memahami, melihat dan menilai sendiri apa yang ingin disampaikan
oleh guru.
Model ini membantu murid ke arah
menimbulkan sikap inkuiri di mana ianya akan menarik perhatian murid tentang
apa yang ingin disampaikan oleh guru. Disamping itu ia juga menyediakan murid
ke arah mengalami pengalaman sebenar semasa proses pembelajaran berlangsung dan
pastinya murid dapat mengekalkan ingatannya lebih lama.
Pelbagai aktiviti yang dapat
dijalankan oleh guru dengan model manusia ini. Antaranya ialah murid menyebut
jantina rakan-rakan mereka di dalam kelas dan mengenakan pakaian kepada model
berdasarkan jantina. Ini menggalakkan kemahiran psikomotor, pengamatan
pendengaran, penglihatan dan pertuturan murid.
Aktiviti mencantum bahagian
model dapat membantu murid bermasalah pembelajaran untuk mengimbas kembali apa
yang telah disampaikan oleh gurunya sebelum itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan