Sabtu, 23 Julai 2011

sakit

Dalam kemurahan rezeki yang diterima banyak juga malapetaka yang menimpa diri ini. Kalau sampai orang lain boleh membuat andaian pelbagai atas kesihatan yang tidak baik menjengah ku tika ini sedangkan aku terus harungi apa juga yang menimpa diriku dengan penuh rasa keinsafan. Aku terima kesakitan dengan positif ...mana tahu sebenarnya kesakitan ialah proses pembersihan diri proses penghapusan dosa yang aku sendri tidak sedari. Mungkin dari segi kata-kata atau gerak tubuh sudah memberi isyarat kepada orang tertentu tanpa aku sedari...sedangkan kata-kata boleh diubah reka oleh mereka yang berkepentingan inikan pulak yang lain-lain.mungkin kejayaan aku terkena panahan mata orang lain kerana sehingga sekarang masih ramai memperikaikan apa yang aku perolehi.pelik...aku sering demam, sakit kepala dan muntah yang tidak berkesudahan tetapi doktor kerajaan dan swasta mengklasifikasikan aku hanya banyak bakteria dalam darah; keracunan makanan....aku berpegang satu sahaja....setiap kejadian ada hikmahnya.walaupun tika ini kepalaku berdenyut dan berpusing2 namun sempat juga aku meluahkan dalam diari maya ini.

PertembunganTamadun