Selasa, 8 Mei 2012

Rindu nak menari-sekolahLamaku




Lagu kegemaran arwah abah yang tersayang


Lirik Lagu 1M1S


Mendukung cita-cita
Aspirasi negara
Membangun modal insan
Transformasi cemerlang

Sukan untuk semua
Untuk kecemerlangan
Jadikan satu budaya
Demi negaraku Malaysia

1 murid 1 sukan
Sukan untuk semua
1 murid 1 sukan
Sukan untuk kecemerlangan

1 murid 1 sukan
Badan sihat otak cerdas
1 murid 1 sukan
Majulah sukan untuk negara

Kecergasan jasmani
Sahsiah dan jati diri
Memupuk perpaduan
Gagasan 1 Malaysia

(a)1 murid 1 sukan
Sukan untuk semua
1 murid 1 sukan
Sukan untuk kecemerlangan

(b)1 murid 1 sukan
Badan sihat otak cerdas
1 murid 1 sukan
Majulah sukan untuk negara

ulang (a) dan (b)

Ahad, 6 Mei 2012

Cerpen 4: Hakimi Kena Demam Denggi


“Alhamdulillah Hakimi tidak terkena demam denggi berdarah. Selepas ini kita kena pastikan kawasan persekitaran kita bebas dari air bertakung.” Umairah menggamit Hakimi.
“Ya ibu. Hakimi akan pastikan. Wah, seronoknya!” Hakimi menarik nafas kelegaan. Dapat juga Hakimi meneruskan latihan perbarisannya selepas ini. Apa yang penting Hakimi mahu berkongsi dengan rakan dan guru di sekolah tentang pengalamannya terkena demam denggi yang diakibatkan oleh nyamuk Aedes dan langkah-langkah mencegah pembiakan nyamuk Aedes yang mengakibatkan demam denggi. Bagi Hakimi semua jika semua pihak prihatin dengan langkah-langkah pencegahan yang diwarwarkan di iklan televisyen saban hari diambil berat, pasti tiada lagi Aedes. 

Cerpen 3: Hendak Seribu Daya


“Kaum Cina, India dan Melayu harus bersatu membangunkan dan memliharan keamanan negara kita, Malaysia. Kita harus bersyukur kita berada dalam negara yang aman dan damai, bersatu padu dan tidak ada pertumpahan darah yang besar seperti yang berlaku di Palestin dan Bosnia Herzegovina. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Siapa yang perlu mengekalkan keamanan negara kalau bukan kita.” Pn Siti Rahmah memberi nasihat kepada murid-murid 6 Mawar.

Cerpen 2: Hujan takkan berbalik ke Langit


 Ibarat kata pepatah, hujan takkan balik langit. Seindah mana negeri orang, selesa lagi di negeri sendiri. Pumpkin dan Ploppy berasa akhirnya penderitaan mereka akan berakhir nanti. Mereka tidak dapat melupakan peristiwa gelap dan hujan yang menimpa. Apapun mereka gembira kerana pengalaman yang mereka perolehi mematangkan mereka dalam menempuhi hari-hari mendatang. Jika mereka tidak turun sendiri ke Bumi, mereka tidak akan kenal hujan, tidak tahu situasi malam dan tidak kenal akan manusia.

Cerpen Pertamaku: Siti Saga


“Awak tentu seronok ke sini. Tuan awak juga pasti selesa dengan awak.” Fuji Alphardie menambah. Fuji Alphardie  tersenyum memandang Siti Saga. Siti Saga juga ramah dan mesra orangnya. Perilakunya itu sama seperti penduduk Malaysia yang ramah mesra dan berbudi bahasa. Fuji Alphardie memandang Rina Mercedez di sebelahnya. Dia segan untuk memulakan bicara. Rina Mercedez sedari tadi senyap sahaja walaupun telah lama berada bersama Fuji Alphardie.
            Bagi Siti Saga pula, pada hari ini dia mendapat satu pengajaran iaitu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan tidak menaruh perasan hasad dengki atas kelebihan orang lain.

PertembunganTamadun