Sabtu, 6 Jun 2009

Alessa Diana 1


Alessa Diana dari umur 1 bulan hingga 1 tahun

Khamis, 4 Jun 2009

Celcom Broadband

hihi...kul 3.00 sampai umah dari Melaka...
rehat jap n suami aku nih terus capai motor gi Celcom KL
amik broadband
promosi utk kakitangan kerajaan sampai 31 Mei....bayar mula rm100 n monthly rm50...3.68mbps
aku nyer satu husb punye satu...hah amik kau...aku rase cam nak beli laptop kecik lah pulak...hihi mudahkan aku usung ke hulu ke hilir (harta sendiri lagi seronok sebenarnya...)
takdelah takut hilang takut kene tindakan tatatertib...Ya Allah lindungilah aku dari semua musibah itu. Amin

Taman Mini Malaysia

hmm aku singgah nak masuk ler...aku tgk harga tiket rm12.oo...sama rega utk warga Malaysia dan pelancong asing...memang tak fair langsung....pelancong asing banyak duit..rakyat malaysia nih yang golongan sederhana camner....kesian tau...buat iklan cuti2 malaysia...baik melancong kat indon lagi murah...so pengurusan taman mini malaysia contohilah Pulau Langkawi...warga malaysia dapat diskaun...mmg bagus....so sorrylah aku tak masuk Taman Mini nih...baik aku gi Bandung ke Bali ker...hmmmm lu pikirlah sendiri...Malaysia Boleh

Bandar Dihilir

Check in kat Seri Costa...RM115.oo (paling murah ler)
sesi tidur n tgk tv dalam hotel jerk
pasal Iman tak sihat...ayah mertua pun tak sihat...
suami ku pegi spa..seronok ler tu dapat manjakan diri...RM100 (facial, aromateraphy n refleksologi)..aku nak jugak tapi mahal sgt kot reganye dalam pamplet nih...
takpelah balik rumah aku buat kat umah kak Ela lah...murah jerk..perkhimatan pun memuaskan
8.00 malam : baru kuar bandar Hilir...
naik menara Tamingsari RM10.oo perhead (kejap jerk...tapi cantik view dari atas)
naik beca RM10.00 perhead (tak sampai 5 minit jalan kaki...RM5 pun ok dah)mmg tak puas hati...tak pelah lu pikirlah sendiri...
naik bot merentasi sg melaka RM 10.00 perhead (45 minit..mmg berbaloi)
kesimpulannya Melaka memang kaya....orang Melaka pun kaya raya..pasal kampung Morten contohnya kerajaan support tu bil api....hihi (tak kayo lagi ker rakyat Melaka..?)ape ape pun mmg seronok....tapi mahal sangat lah...sian orang tak kayo cam aku nih

Tanjung Bidara, Melaka

Tanjung Bidara 2 Jun 2009
2.30 petang : Bertolak ke Melaka
5.00 petang : sampai ke Tanjung Bidara
check in kat chalet rm250..
Tidur jerk..pasal serangan resdung..huhu
8.30 pagi : Sarapan kat kedai area chalet..tak makan pun kat chalet nih..nasi goreng keras; roti kering; sosej (paling sedap pun)
Tapi layanan orang2 kat sini memang best...ramah giler siot..huhu
Iman mandi laut tapi lepas tu sakit tersedak2...
aku tgk tak ramai mandi kat sni..muskil gak...hmmm
10.00 pagi : Iman dah teruk sangat muka dia nih...pucat...aku mandi kejap jerk pasal muka aku pedih bangat.
10.15 am: Mandi di swimming pool kat chalet...aku masuk mandi n bawak baby Mira aku yang cecah 3 bulan tu mandi skali...huiyooo terrornye si mira nih...tak nangis pun...lagi suka dok dalam air...hmm agaknye mak dia suka swimming...yer lah 8 bulan ngandungkan Mira pun gi swimming lagi...bukan aper ringan jer badan masa swimming tu...hihihi...
12.00 tgh : check out chalet...gi ke bandar di hilir
Tak leh jadi nih..Iman makin teruk...hmm bawak gi klinik rupanya doktor tu kate Tanjung Bidara dah tercemar sebab ada orang bela ayam habis sume buangan ayam2 tu buang kat tanjung bidara yng kalau dijaga tu cantik siot...
Sian Iman...orang nak berseronok cuti2 nih dia dapat penyakit lak....

Ahad, 10 Mei 2009

PPSMI wajar diteruskan

KENAPA PPSMI PERLU DITERUSKAN
KENAPA PPSMI PERLU DITERUSKAN mujahid yusof SUATU TINJAUAN INTERNET BERKENAAN KONFLIK,ALASAN,MASALAH DAN JAWAPAN KEPADA PPSMI.

Selasa, 28 April 2009

Ibu selalu suruh buat itu ini begitu begini

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan MAK".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

PertembunganTamadun