Sabtu, 23 Julai 2011
sakit
Dalam kemurahan rezeki yang diterima banyak juga malapetaka yang menimpa diri ini. Kalau sampai orang lain boleh membuat andaian pelbagai atas kesihatan yang tidak baik menjengah ku tika ini sedangkan aku terus harungi apa juga yang menimpa diriku dengan penuh rasa keinsafan. Aku terima kesakitan dengan positif ...mana tahu sebenarnya kesakitan ialah proses pembersihan diri proses penghapusan dosa yang aku sendri tidak sedari. Mungkin dari segi kata-kata atau gerak tubuh sudah memberi isyarat kepada orang tertentu tanpa aku sedari...sedangkan kata-kata boleh diubah reka oleh mereka yang berkepentingan inikan pulak yang lain-lain.mungkin kejayaan aku terkena panahan mata orang lain kerana sehingga sekarang masih ramai memperikaikan apa yang aku perolehi.pelik...aku sering demam, sakit kepala dan muntah yang tidak berkesudahan tetapi doktor kerajaan dan swasta mengklasifikasikan aku hanya banyak bakteria dalam darah; keracunan makanan....aku berpegang satu sahaja....setiap kejadian ada hikmahnya.walaupun tika ini kepalaku berdenyut dan berpusing2 namun sempat juga aku meluahkan dalam diari maya ini.
Jumaat, 1 April 2011
UnitU9 MPIP
ingat lagi masa unit U9 handle perhimpunan bulanan...punye nak lawan geng kpli..aku ngan kak sri lah bersengkang mata buat powerpoint...itulah sebabnya aku mahir powerpoint..hehehe...kengkawan lelaki pulak masa perhimpunan angkutlah pc ngan cpu dari hostel ke dewan...padahal geng kpli guna laptop jer..wakaka...biler ingat balik memang nak tergelak..masa tu kan geng kpli ni macam kerek sket...nampak geng diploma boleh pandang sebelah mata...
Rabu, 16 Mac 2011
Bahaya fitnah
Orang yang menyebarkan fitnah adalah orang yang fasik...skang ni tgh menimbang2 sama ada aku nak bawa perkara ni ke muka pengadilan atau aku nak biar jer hamba Allah tu teruskan memfitnah aku yang aku sendiri tak tau hujung pangkalnya pasal ape dia sedap mulut jer fitnah orang sesuka hati...kalau dapat saman 100k sedap jugak tu...cam lisdawati saman nadia mustafar huh...banyak jugak samannya tu kena...hmm takpe Allah Maha Mengetahui
Jumaat, 11 Februari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)


