Isnin, 5 November 2012

Tembaga vs Gangsa


                 
PPIK 2
Topik 4  :  Sifat-sifat Gangsa dan Tembaga


Gangsa 

·         Adalah kumpulan jenis aloi tembaga, biasanya timah sebagai bahan tambahan utama, tetapi kadang kala bersama unsur kimia seperti fosforus,  mangan,  aluminium,   atau silikon.
·         Ia sangat kuat dan tahan lama dan digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi dalam industri.Ia adalah sangat kuat dan tahan kakisan atmosfera. Ia mempunyai takat lebur yang agak rendah, Mangan ditambah dalam gangsa dan  digunakan untuk kipas kapal kerana ia tahan air masin yang menghakis.
·         Besi, nikel, silikon dan aluminium ditambah untuk menambah kekuatan pada  alatan  berasaskan gangsa kerana ia menghasilkan kurang percikan api bila ditempa.
·         Kekuatan gangsa bergantung kepada komposisi aloi. takat lebur gangsa adalah  di antara takat lebur tembaga dan takat lebur timah.

                         





Tembaga ( kuprum )
·         Adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Cu dan nombor atom  29.
·         Ia merupakan logam mulur yang mempunyai kekonduksian elektrik yang sangat baik, dan digunakan secara meluas sebagai pengalir elektrik, bahan pembinaan, dan sebagai  juzuk sesetengah aloi.

              

Sifat fizikal
Keadaan
Ketumpatan (sekitar suhu bilik)
8.96 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur
8.02 g/cm³
1357.77 K
(1084.62 °
C, 1984.32 °F)
Takat didih
2835 K
(2562 °C, 4643 °F)
Haba pelakuran
13.26 kJ/mol
Haba pengewapan
300.4 kJ/mol
Muatan haba
(25 °C) 24.440 J/(mol·K)















PPIK 3

Topik 6 : Alkohol . Eter dan Amina

  
Nama Bahan


         
             Nama Bahan Kimia
       
    Jenis Bahan Kimia

Minuman (Wain)


    Ethyl alcohol (etanol)

            Alkohol

Makanan (Tapai)


    Ethyl alcohol (etanol)

           Alkohol

Pencuci lantai


    Alkyl Benzene Sulphonate

           eter

Pencuci tandas


    Benzyl alkyl sulfonate   

           eter

Kosmetik(Eyeliner)


    Eter selulosa

           eter


 Pewangi



    Ethyl ethanoate


           ester

Pencuci cermin kereta


    Metil alcohol  ( methanol )

           Alkohol






Soalan :

1.  Apakah yang telah kamu pelajari dari dua aktiviti diatas?
·         Dapat mengetahui sifat-sifat fizikal pada gangsa dan tembaga.
·         Mengetahui komposisi kimia pada produk yang digunakan
dalam kehidupan seharian.
·         Mengetahui kegunaan gangsa dan tembaga.
·         Mengetahui kegunaan bahan kimia dalam penghasilan sesuatu produk.


2. Nyatakan di bahagian mana dalam kurikulum sains rendah ada kaitan dengan
    topik  ini?
·         Alam Bahan Tahun 4 –  Memahami sifat-sifat bahan.
                              _  Mengelas objek kepada kumpulan dari bahan apa
                                  ia diperbuat.


3. Bincang bagaimana aktiviti-aktiviti tersebut dapat digunakan dalam pengajaran dan
    pembelajaran diatas?

            (A)  Gangsa dan Tembaga

1.  Murid menyenaraikan sifat-sifat fizikal gangsa dan tembaga.

2. Murid  menyenaraikan dari bahan apa ia diperbuat.

   ( Aktiviti berpandukan  butiran berikut:)







              TEMBAGA

             GANGSA
     
 1. Sifat-sifat bahan
·         Kemuluran
·         Kekuatan
·         Takat lebur
·         Takat didih
·         Kadar hakisan
·         Kekonduksian elektrik


2.  Dari bahan apa ia diperbuat:


1. Sifat-sifat bahan
·         Kemuluran
·         Kekuatan
·         Takat lebur
·         Takat didih
·         Kadar hakisan
·         Kekonduksian elektrik


2.  Dari bahan apa ia diperbuat:





          (B)  Alkohol, Eter dan Amina
·         Murid dibombing untuk mengumpul dan menyenaraikan nama bahan , komposisi kimia dalam bahan tersebut.



          Nama Bahan/objek



    Komposisi kimia dalam bahan

        Contoh :     Pewangi



                     ester








4.  Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini

·         Guru boleh berperanan sebagai  pembimbing dan fasilitator dengan
memberi arahan  yang jelas dan bijak menyusun isi pelajaran mengikut
objektif atau hasil pembelajaran.
       

Isnin, 15 Oktober 2012

Kantin Klinik Kesihatan

Hari ni demam panas dan sakit telinga. Berdengung. Nasib baik rumah dah kemas...Aku dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan...alhamdulillah. Banyak perubahan dari segi aturan nombor utk bayaran, berjumpa doktor dan mengambil ubat. Hanya sejam. Masa menanti giliran, aku memerhati sekeliling. Di belakang aku ada sekeluarga yang menanti giliran juga. Aku dah lah sakit telinga, anak dia yang kecik2 tu dok goncang2 kerusi aku duduk, pastu bising kat telinga aku..dengan bengangnya aku bangun n duduk kat seat lain...lega dapat aku tido kejap. Masa tido sempat termimpi kejap..bahawa aku baru bersikap tidak enak sebentar tadi..aku terjaga. Astagfirullahalazim...syukur aku diingatkan dalam mimpi walau hanya seketika. Dengan bayaran rm1 dapat aku mc satu hari. Lepas amik ubat, aku singgah di kantin klinik..mak aihh..mahal giler...ikan kembong sekor rm4, telur itik sebiji rm2..dekat area tu paling mahal ikan kembong rm2.50 n telur itik rm1.50...perggghhh..pastu layanan memang macam hampas...sombong giler makcik tukang kira tu.

Sabtu, 28 Julai 2012

10 dalil prestasi aku menjunam

Kenapa markah prestasi aku turun??:-
1) kerana bos emosi
2) bos dihasut dan telah ditundukkan untuk menurut perintah pembantu kanannya
3)isteri bos memfitnah aku selalu mengadu kat bos, melawan bos, menyusahkan bos dan macam2 lagi membuatkan aku bersemuka dengan dia untuk penjelasan (bukan serang)
4)aku muda dan lulus ptk serta mempunyai kelebihan yang takde pada bos dan pembantu kanan
5)kerana aku mmg tak suka bos dari mula sebab aku jer yang tahu perangai sebenar dia..nampak baik di mata orang tetapi dot dot dot
6)bos ingin menghalang aku sambung belajar dan naik pangkat
7) aku berpeluang mengikuti kursus peringkat kebangsaan dan dihadiri orang2 yang hebat2
8)aku tak pandai dan tak suka membodek plus mengampu
9)bos bengang ngan kecerdikan aku bagi pendapat..selalu dalam mesyuarat dia suruh aku diam
10)bos bengang sebab aku selalu menegakkan kebenaran dan mempertahankan anggota seliaan aku

Fitnah yang melanda

Antara fitnah yang dilemparkan kepada aku :-\
1) Dia suka berjalan..ulang alik ke PPD dan Jabatan
2)Dia naik pangkat sebab ada orang dalam..suami dia kenal orang JPS
3)Dia cakap aku (dot dot dot) ada hubungan sulit dengan bos
4)Dia kata ngan aku (dot dot dot) dia tak puas hati dengan cara kau ( B)
5)Dia tu cerewet, berlagak pastu sombong tak tentu pasal
6)Dia buat parti panggil geng2 dia..B tu pun join sekali

kenapa dia fitnah aku macam-macam???sebab
1) aku lulus PTK dia tak lulus pun
2) aku dilantik dari JPS sedangkan dia lantikan dot dot dot
3)aku boleh pakai baju fesyen apa2, dia tak boleh
4)dia cerewet dan sombong, aku cerewet jugak tapi tak menyusahkan orang ...sombong??? jauh sekali
5)bila aku masuk tempat kerja dia, aku telah menghalan rutin tugas dia yang tak betul


Jumaat, 27 Julai 2012

Apabila pemimpin beremosi, hilanglah kredibiliti

Lama sudah tidak dijenguk diari ini..huhu. Hari ini aku terkesima. Markah prestasi 84.3%. cukup untuk menghalang seseorang itu dari memohon untuk melanjutkan pelajaran, memohon kenaikan pangkat dan kursus profesional. Seorang pemimpin yang baik ialah bersih hati luar dan dalam. Dari luar nampak seorang pemimpin yang lembut hatinya dan warak tetapi hakikatnya pendendam dan sebaliknya. Mungkin ada perasaan hasad dengki apabila orang bawahannya lebih sedikit daripadanya. Apa yang pasti, rezeki di tangan Allah. Mana tahu orang yang dianiaya itu kehidupan masa depannya lebih baik dari yang menganiaya tadi.

PertembunganTamadun