Jumaat, 28 Januari 2011

Perbelanjaan bulanan

Tahun ni memang aku terkedu sket bile dibuat anggaran belanjawan ..sebelum ni tak pernah buat pun...bukan aper malas nak pikir duit yang dah terbang tu...prinsip aku ialah jika tak cukup duit cari duit lebih...kalau harap nak simpan alamatnya makan lauk telur ngan ikan bilis jer la...
Untungnya perkongsian antara suami isteri..taklah beban sangat.

1) Sewa rumah RM600
2) Kereta RM872.00
3) Transit Iman RM100
4)Tadika Lisa RM180
5)Bibik RM450
6)Astro RM90.00
7)Bil api dan air RM150.00
8)Parents RM500
dan segala hutang tupperware, cosway, kain baju..huhu

Selasa, 21 September 2010

perancangan strategik

hari ni bermulanya upsr...ape citer ler anak murid aku 6 kenanga sk sg buloh
huhu...rindu nak ngajar tahun 6...rindu nak pegang kelas...rindu nak tanda buku kedatangan...rindu nak hias kelas...bolehkah aku berpatah balik tanpa menjejaskan perjalanan karier aku...rancangan dan strategi jangka panjang aku sebelum ini yang sekarang ternyata begitu pantas dari ape yang aku inginkan:-

2002-2010 (20-30thn) jadi cikgu sekolah rendah....tak sangka jadi pk usia 28thn
2010 - 2015 (30-35thn) jadi cikgu sekolah menengah/jadi guru cemerlang...DG41
2015-2020 (35-40 thn) jadi pensyarah....lulusan dari UK...wakaka..
2025 - (45 thn) jadi nenek...pergi haji
(56 thn) pencen
melancong
jadi pelajar di sekolah pondok
(harap2 hidup lagi mase ni)

Sabtu, 18 September 2010

Uptown

sebut pasal uptown...selalu pergi..kalau seminggu kurang2nya 2 kali gi uptown..
kota damansara(pekene kerang rebus n layan cd)
danau kota(jamu mata)..barang nak kata murah tak jugak,,,biase2 jer
hari ni gi kota damansara...beli cd hantu siam
nak tngok lcd baru yang baru sampai hari ni

hari pertama sekolah

hihi...murid tak ramai..
dalam 80 orang jer sesi petang datang sekolah hari ni...
aku sibuk ler ngisi markah n rancang strategi untuk tingkatkan prestasi LINUS..huhu

novelle vissages

sepanjang aku kat kedah ni terkejut aku dengar cerita sosilawati yang dibunuh
....dahlah aku ni pengguna NV...
.nasib baik ada anak dia teruskan legasi NV...
kalau tak terpaksa aku fikir nak tukar brand aper lar pulak pencuci muka aku ni...

raya di Pulau Pinang

sepanjang aku beraya di kampung mertua ku...aku memang malas nak bukak fb atau internet..aku tahu kalau aku bukak internet alamatnye berejam ler aku ngadap laptop padahal nak beraya takkan asyik berkurung dalam bilik...hihi.raya tahun ni beraya ngan adik ipar baru..hehehe...kami sekeluarga makan angin di Pulau Pinang hari Isnin dan bermalam di sana satu malam.
2.00pm singgah beraya di umah mak tiri ayah mertua di.(tak ingat nama kampung)
5.oopm mandi di Batu Feringgi. Si Mira ni berkepit jer ngan aku...tak nak ngan tok n wan dia...
7.30pm bertolak cari hotel..menginap di TownHouse hotel amik rate family..satu bilik 4 orang(2), satu bilik 3 orang (1)..semuanya rm264.share ngan adik ipar . Kat hotel ni ramai jugak pondan...hihi
8.00pm naik beca cari kedai makan melayu.memang best naik beca malam2
cari uptown...hihi apalagi gi batu feringgi...lagi meriah dari uptown kl dan barang memang murah2. Kat sini kami beli baju sebab datang sini tak bawak baju coz tak budget pun nak tido sini..
Selasa
10.00 am:- bertolak ke Bukit Bendera.naik pacuan.satu kepada rm15.00 atau satu pacuan rm60.00.memang best dan adventure dengan jalan berliku2.waktu balik aku duduk belakang ngan si baby...

Aktiviti kat atas bukit bendera ni..amik gambar; posing ngan ular(aku takde..geli); tengok ketapi; tengok banglo mewah; tengok pemandangan Pulau Pinang dari atas..memang cantik

3.00 pm bertolak pulang ke Alor Setar..sebelum tu singgah makan di Pantai Gemersik...memang cantik.balik naik feri..

Selasa, 10 Ogos 2010

Lawatan penanda aras


Tarikh:7 Ogos hingga 9 Ogos 2010

Anjuran : PKG Kuang

Peserta: Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Perpustakaan Media sekolah zon Kuang

Lokasi:

SMK Convent, SK Hassan Itam, Padang Besar(8 Ogos 2010)

Penginapan 1 malam di Hotel Politeknik Arau Perlis

SK Santan di Perlis dan SMK Bendahara Kodiang Kedah (9 Ogos 2010)

Bertolak ke Kedah jam 11.00 malam di SK Sungai Pelong pada 7 Ogos 2010

Bertolak pulang ke SK Sungai Pelong jam 3.00 petang dan sampai jam 11.30 malam di SK Sungai Pelong.


PertembunganTamadun