Rabu, 29 Julai 2009

Slimming Program

Kronologi 1:
7 Julai aku mendaftar di Zsa Zsa beaty di Bkt Rahman Putra untuk program slimming ala ala slim World gitu…rm499.00.aku daftar n aku start…hari itu aku kene sauna, G5, scrubing..huh..turun 2.5 kg..excited giler tu…hmmm
8 Julai- G5, stim sauna n cuci rambut….
9 Julai – G5, stim sauna, hot cream (badan pijar,huhu)

Kronologi : 2
Pada 20 Julai 2009, Jam 8.00 pagi aku bertolak ke Kem Rimba Templer untuk melihat Pengakap sekolah ku yang menyertai Kempori. Lebih kurang jam 11.00 pagi aku terkejut tatkala melihat kelibat seseorang seperti sahabat ku yang sama-sama pasukan pengakap daerah. Tapi mustahil yang ini adalah kak Habsah..tahi lalat sama, muka ada iras2..adik ker..tatkala aku masih termangu mangu dan terkebil kebil memerhatikan budak sek men itu melipat khemah. Agaknya dia perasaan kot aku dok usha dia..dia pun tegur aku..Su…aku sepantas kilat berlari menuju kearah sahabatku itu sambil berteriak..akak…kurusnya…budak2 kelana yang berada berhampiran tercengang dengan reaksi aku yang menjerit jerit hysteria…..”Akak..kak Habsah ker ni! Ya Allah kenapa slim sampai cam ni ni..makan aper…”
Aku dok picit2 badan dia…hehe..tak kendur…hmm makan aper yer..aku nak tahu jugak..dia kate nanti dia datang sekolah aku..aku kate cepat sket..tak sabar nak dengar citer…n akhirnya kak habsah memperkenalkan aku dengan Total Life..aku tanpa ragu ragu terus bersetuju menyertai program Slimming nih..makan makanan organic…aku bayar
29 Julai – hari pertama aku mula program diet aku bersama Total Life….5.00 petang: Mimi n kak Habsah datang..yang dgr pasal program ni Fauzana, Kak Saniah, Faizal, Kak Azlina Ebil.
29 Julai jam 2.30 – 4.30 aku ke Zsa Zsa beauty saloon…berat aku 65.3..hihi naik daa….lepas sauna sume tu turun jadi 64.5.takpe..cha yok cha yok…tapi lepas ni aku kena berenti dulu dari program kat Zsa Zsa ni..aku kena pastikan aku mencapai berat ideal aku 44kg…baru aku gi zsa Zsa utk perbetulkan dan kemaskinikan badan..rupanya program ala ala slim world ni cume buang air, lemak lambat sket turun..so pemangkin pertama aku utk slim ni ialah produk Total Life…sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut pasal Total Life ni sila sms saya di 013-2384910

Khamis, 9 Julai 2009

muhasabah diri

setelah dimuhasabahkan diri hari ini...rupanyer aku ni pun bukan betul sangat...hehe..bos aku tu sebenarnye tegur aku.kalau dia tak tegur aku aku buat donno jer kot.oklah berfikiran positif.takpelah UPSR nak dekat dah..leh lar aku fokus kat ict aku tu yerk..ingat nak jadi yg terbaik..harap2 dgn adanya zul n aishah kita bakal menggemparkan dunia ict gombak..huh ganasnye ayat..takper...pelan pelan ler bina kemajuan ict di sekolah

Ahad, 28 Jun 2009

kuliah pendidikan amali sains II

aku gi awal ..kul 7 dah gerak..sampai kat bulatan jln tun razak tu..ada larian marathon...polis tutup jalan..bengang tul aku.last2 aku tanye polis tu sy ni tahu satu jalan jerk...jln lain tak tahu nak ke jln tun razak..polis tu tunjuk arah..aku ikut lebuhraya mahameru...last2 pusing balik tempat tu..aku marah la polis tu..polis tu marah aku balik...
kes 1 : Tension sebab nak masuk kelas lecturer yang garang
aku: saya bayar cukai jalan, bayar tol...nape jalan ni tutup semata2 untuk larian macam ni..bukan sekali dua..banyak kali..
polis: yang cik ni nak marah sya bukan sy yang buat..sy cuma di arahkan tutup jalan ni
aku: marahlah menghalang laluan orang lain...pelari tak lari lagi kan kat sini..diorang ada kat bawah tu..
polis: cik susah2 sangat cik balik jerlah takyah gi jln tun razak tu
aku: masalahnya en polis..sy nak balik pun tak tahu..saya tak kira saya tunggu gak sebelah en selagi cik tak tunjuk jalan
polis:panggil kawannya ...kawannya pandai lak pelan jalan..hai...
moralnya: aku saja gempak polis tu...tension gak sebab aku takut lambat masuk kelas.
kes 2: pendaftaran pelajar aliran perdana
sakit hati aku bila sampai kat utm ada signboard besar :PELAJAR SPACE DILARANG MASUK
amboi..dahlah naikkan yuran sampai 100 ringgit, kemudahan ntah hapa2, bangunan bukan main gah..yang merasa bangunan baru tu student baru..yang kami space ni dicekik begitu rupa.nak parking pun takder...tak kisahlah tapi jgnlah guna ayat PELAJAR SPACE DILARANG MASUK.macamlah kitorang ni lekeh sangat...hello sape bagi sumbangan terbesar kat utm kalau bukan kami budak space ni..
kelas bermula:
aku jumpa lecturer tu..muda lagi pakai songkok..
ape lah yang garang sangat nih..aku pun bagi mc aku...menunggu untuk dijerkah...
rupenye2 bukanlah garang sangat...cara mengajar tapi tak garang lah bagi aku.strict pada tempatnya..kirenye tn hj muslim ni ok lah...lain orang lain pendapat yerk..
ape pun aku seronok ngan kelas ari ni buat eksperiman soldering, biasan cahaya..aku pun amik kesempatan solder beg aku yang talinya nak putus tu..hehehe...aku balik dengan perasaan gembira ..byk ilmu amali yang aku dapat hari ni.rupenye tn hj muslim ni bekas guru..patutlah pandai gune pelbagai teknik pengajaran.hmm
balik dari kelas aku singgah library buat assg BI simple research ngan ija, fara n sharmila....kul 5 sampai umah...tgk umah Anazira kat bdr baru boleh tahan lar...

tak gi kuliah

hari ni balik kelas kul 1.30 ptg..itupun jadual tak siap lagi...balik aku siap nak gi kelas..tapi kene serangan resdung lak..aku pun telan pil clarytine.hah amik kul 3 baru jaga..call hamizan n suzanna tanye pasal lecturer baru aku...punyelah garang diorang citer..sampai nak mintak no tel pun susah..huhu aku dah menggigil kepala lutut...bayangkan kegarangannya...hj muslim jonid...huhu.aku lebihkan sekolah dari utm walaupun byk duit aku habis utk sambung blajar..aku cuma harap majikan aku appreciate ape yang aku buat..kurang2nye bagi kelonggaran...masalahnye org yang tak tahu keje aku ni kire nak tibai jerk...hmm...byk masa aku habis utk sekolah...hmm berkorban duit ke klinik amik ubat n mc kat mutiara.abis citer..balik aku makan ubat tido sampai esok pagi

Hari Terbuka (imbasan masa lampau)

Hari Terbuka aku ditugaskan di kelas 6 kenanga sebagai guru pembantu. aku ngajar ler sains sambil bincang sooalan titian kasih.aku bangga ngan budak2 tu...bayangkan daripada 2 jer lulus masa titian kasih 1 kepada 6lulus dan skarang masuk ujian titian kasih 3, 3 jerk yang gagal...aku rasa happy sangat.alhamdulillah.masa aku masuk 6 kenanga aku berazam nak naikkan sume markah diorang yang tak lulus kepada sekurang2nya B. aku mmg garang masa tu ditambah dengan stress yang aku cipta sendiri..mengharapkan kejayaan sepantas kilat. aku tension setiap kali aku ngajar budak masih tak dapat...tanpa memikirkan kemampuan individu menerima input adalah berlainan. satu jerk aku pesan kat diorang banyakkan latihan, ulangkaji...biarlah diorang nak marah aku, nak kutuk aku di belakang aku tak kisah janji aku tunaikan kewajipan aku kerana Allah.biarlah di hari guru aku tidak menjadi guru popular apa yang aku mahu nama aku tersemat di hati anak murid ku sehingga mereka dewasa dan seterusnya mendoakan aku seperti aku sekarang yang sentiasa mendoakan guru2 aku yang semasa di sekolah suka benar aku bangkang.apa yang guru aku suruh buat aku mesti tanye ape rasionalnya cikgu suruh sy hafal sifir,,,apa rasionalnya cikgu suruh sy hafal isi kandungan kamus???huhu...maklumlah budak.sebab tu aku tak mahu anak murid aku menyesal di kemudian hari.cuma dulu kat sek cikgu2 suka kat aku pasal bab keje rumah aku mesti siap nyer...walaupun banyak yg aku tanya..kenapa kene buat itu ini..hehe

Ahad, 21 Jun 2009

leganya

Pulang dari kuliahku jam 5.00 petang, Aku bergegas untuk mengambil anak2ku. Aku pulang ke rumah dengan dada yang lapang. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan jadual sek seoptimum mungkin walaupun ada yang merungut tentang jadual waktu mereka namun aku faham dan aku cuba yang sebaiknya membetulkan ape yang perlu demi kepuasan semua pihak...namun aku rasa 10% aku tidak sempat nak touch up lagi kerana aku mengambil masa 1 minggu (cuti) untuk ubah kembali jadual mengikut spesifikasi nazir berikan.ada satu masa aku tidak tido dan datang ke sekolah dgn keadaan mata yang mengantuk.aku berkejar juga untuk kelas pagi.di saat ini aku teringat kak seha yang banyak membantu aku jika kerja aku bertindih dan 3 4 pihak cari aku atas task tertentu. Kak Anizah yang banyak memberi nasihat utk menjadi guru yang baik.
Kadang kadang bila memikirkan jawatan aku ...aku rasa macam orang gila kuasa pulak.aku sedih apabila ada pihak mempertikaikan:
Hamba Allah : awak dah duduk kat Siber tu syoklah ..relaks..keje tak banyak..bilik aircond lagi.
Kalaulah aku mantion kat dia keje aku...hmmm.yea..orang tak nampak keje aku...aku dok sorang2 kat bilik siber tu..buat keje cam nak mati.itu nak buat ini nak buat.tapi takpelah Allah Maha Mengetahui.bila kembali kepadaNya barulah hati aku tenang kembali.setenang salju di danau kalbu.
1 minggu aku balik pukul 5 petang semata2 siapkan jadual...aku tak buat kelas SBT tapi aku jalankan kelas tambahan tahun 6. hari.
hari ni tak larat nak amik baju kat wati...takde budget. aku antar 10 pasang kain utk dijahit.
hari isnin dan jumaat jer pakai baju baru(beli di jackel harga 65kg.banyak tu.
mana aku dapat duit....alhamdulillah terima kasih pada suami.sabtu ahad takde kat umah cari pendapatan lebih.aku akan dapat tunai 200 setiap kali husb outstation.apa salahnya aku beli baju utk bergaya.belanja anak makan.beli barang kegemaran.(digital)sedangkan husb aku boleh beli.jamnye dah 1k lebih..aku nyer baru 300..hanphone aku beratus jer drpd husb aku..so tak salah aku lebihkan kepada baju aku.sbb aku suka pakai baju baru.bukan untuk menunjuk tapi kalau pakai baju lama ketat...orang mengata pulak...so mna satu..?kesimpulannya kenalah buat baju lain.
suruh kuruskan badan???cakap memang senang..so iyer kan ajelah.
apa cara nak larikan diri dari rutin tugas???aku nak gi kursus..kursus conversation kepada math..aku suka ngajar math.suka.suka.

Jumaat, 19 Jun 2009

budi ibu bapa

aku tersentak tatkala teringat beberapa tahun lalu sekolahku mengadakan akikah.
aku ingin membuat akikah atas namaku.
Bila aku bertanya bayaran adlah seorang hamba Allah ini (keluarga berada) bertanya untuk sape aku nak akikah.
aku kata untuk diri aku.
Dengan lantang dia berkata hai..takkan mak ayah aku tidak akikahkan aku masa kecik?
aku kata: mak ayah bukan orang senang
hamba Allah: eh tipulah...akak dok kampung pun mak ayah dah akikah (pasal aku dok KL)
aku kata : Iyer kak..sorang dari kami pun tak akikah..ayah bukan orang kaya...
hamba Allah: hei itu tanggungjawab mak ayah tu.
aku tersentak. sampai hati dia maksudkan mak ayah aku tak bertanggungjawab.
aku ingin bagitahu pada hamba Allah tersebut: mak ayah aku cukup bertanggungjawab.
berkorban kesenangan diri demi menyara kami 13 beradik.
ayah aku dulu mmg pandai..sekolah aliran inggeris...boleh sambung belajar tapi ayah aku tak pegi pasal ayah dia sakit.
ditakdirkan ayah mempunyai ramai anak dan dia selesa memilih pendekatan besarkan anak2 jadi orang yang berguna. biar ayah tak pakai kereta, biar ayah tak penah makandi pejabat...
Kesimpulannya aku tak pernah marah ayah dan umi aku tak akikahkan aku kerana aku faham.

PertembunganTamadun