Jumaat, 19 Jun 2009

budi ibu bapa

aku tersentak tatkala teringat beberapa tahun lalu sekolahku mengadakan akikah.
aku ingin membuat akikah atas namaku.
Bila aku bertanya bayaran adlah seorang hamba Allah ini (keluarga berada) bertanya untuk sape aku nak akikah.
aku kata untuk diri aku.
Dengan lantang dia berkata hai..takkan mak ayah aku tidak akikahkan aku masa kecik?
aku kata: mak ayah bukan orang senang
hamba Allah: eh tipulah...akak dok kampung pun mak ayah dah akikah (pasal aku dok KL)
aku kata : Iyer kak..sorang dari kami pun tak akikah..ayah bukan orang kaya...
hamba Allah: hei itu tanggungjawab mak ayah tu.
aku tersentak. sampai hati dia maksudkan mak ayah aku tak bertanggungjawab.
aku ingin bagitahu pada hamba Allah tersebut: mak ayah aku cukup bertanggungjawab.
berkorban kesenangan diri demi menyara kami 13 beradik.
ayah aku dulu mmg pandai..sekolah aliran inggeris...boleh sambung belajar tapi ayah aku tak pegi pasal ayah dia sakit.
ditakdirkan ayah mempunyai ramai anak dan dia selesa memilih pendekatan besarkan anak2 jadi orang yang berguna. biar ayah tak pakai kereta, biar ayah tak penah makandi pejabat...
Kesimpulannya aku tak pernah marah ayah dan umi aku tak akikahkan aku kerana aku faham.

1 ulasan:

eeeda berkata...

Pengorbanan ibu bapa kita...orang lain tak kan tahu...hanya kita sahaja yg tahu..

PertembunganTamadun