Ahad, 28 Jun 2009

kuliah pendidikan amali sains II

aku gi awal ..kul 7 dah gerak..sampai kat bulatan jln tun razak tu..ada larian marathon...polis tutup jalan..bengang tul aku.last2 aku tanye polis tu sy ni tahu satu jalan jerk...jln lain tak tahu nak ke jln tun razak..polis tu tunjuk arah..aku ikut lebuhraya mahameru...last2 pusing balik tempat tu..aku marah la polis tu..polis tu marah aku balik...
kes 1 : Tension sebab nak masuk kelas lecturer yang garang
aku: saya bayar cukai jalan, bayar tol...nape jalan ni tutup semata2 untuk larian macam ni..bukan sekali dua..banyak kali..
polis: yang cik ni nak marah sya bukan sy yang buat..sy cuma di arahkan tutup jalan ni
aku: marahlah menghalang laluan orang lain...pelari tak lari lagi kan kat sini..diorang ada kat bawah tu..
polis: cik susah2 sangat cik balik jerlah takyah gi jln tun razak tu
aku: masalahnya en polis..sy nak balik pun tak tahu..saya tak kira saya tunggu gak sebelah en selagi cik tak tunjuk jalan
polis:panggil kawannya ...kawannya pandai lak pelan jalan..hai...
moralnya: aku saja gempak polis tu...tension gak sebab aku takut lambat masuk kelas.
kes 2: pendaftaran pelajar aliran perdana
sakit hati aku bila sampai kat utm ada signboard besar :PELAJAR SPACE DILARANG MASUK
amboi..dahlah naikkan yuran sampai 100 ringgit, kemudahan ntah hapa2, bangunan bukan main gah..yang merasa bangunan baru tu student baru..yang kami space ni dicekik begitu rupa.nak parking pun takder...tak kisahlah tapi jgnlah guna ayat PELAJAR SPACE DILARANG MASUK.macamlah kitorang ni lekeh sangat...hello sape bagi sumbangan terbesar kat utm kalau bukan kami budak space ni..
kelas bermula:
aku jumpa lecturer tu..muda lagi pakai songkok..
ape lah yang garang sangat nih..aku pun bagi mc aku...menunggu untuk dijerkah...
rupenye2 bukanlah garang sangat...cara mengajar tapi tak garang lah bagi aku.strict pada tempatnya..kirenye tn hj muslim ni ok lah...lain orang lain pendapat yerk..
ape pun aku seronok ngan kelas ari ni buat eksperiman soldering, biasan cahaya..aku pun amik kesempatan solder beg aku yang talinya nak putus tu..hehehe...aku balik dengan perasaan gembira ..byk ilmu amali yang aku dapat hari ni.rupenye tn hj muslim ni bekas guru..patutlah pandai gune pelbagai teknik pengajaran.hmm
balik dari kelas aku singgah library buat assg BI simple research ngan ija, fara n sharmila....kul 5 sampai umah...tgk umah Anazira kat bdr baru boleh tahan lar...

tak gi kuliah

hari ni balik kelas kul 1.30 ptg..itupun jadual tak siap lagi...balik aku siap nak gi kelas..tapi kene serangan resdung lak..aku pun telan pil clarytine.hah amik kul 3 baru jaga..call hamizan n suzanna tanye pasal lecturer baru aku...punyelah garang diorang citer..sampai nak mintak no tel pun susah..huhu aku dah menggigil kepala lutut...bayangkan kegarangannya...hj muslim jonid...huhu.aku lebihkan sekolah dari utm walaupun byk duit aku habis utk sambung blajar..aku cuma harap majikan aku appreciate ape yang aku buat..kurang2nye bagi kelonggaran...masalahnye org yang tak tahu keje aku ni kire nak tibai jerk...hmm...byk masa aku habis utk sekolah...hmm berkorban duit ke klinik amik ubat n mc kat mutiara.abis citer..balik aku makan ubat tido sampai esok pagi

Hari Terbuka (imbasan masa lampau)

Hari Terbuka aku ditugaskan di kelas 6 kenanga sebagai guru pembantu. aku ngajar ler sains sambil bincang sooalan titian kasih.aku bangga ngan budak2 tu...bayangkan daripada 2 jer lulus masa titian kasih 1 kepada 6lulus dan skarang masuk ujian titian kasih 3, 3 jerk yang gagal...aku rasa happy sangat.alhamdulillah.masa aku masuk 6 kenanga aku berazam nak naikkan sume markah diorang yang tak lulus kepada sekurang2nya B. aku mmg garang masa tu ditambah dengan stress yang aku cipta sendiri..mengharapkan kejayaan sepantas kilat. aku tension setiap kali aku ngajar budak masih tak dapat...tanpa memikirkan kemampuan individu menerima input adalah berlainan. satu jerk aku pesan kat diorang banyakkan latihan, ulangkaji...biarlah diorang nak marah aku, nak kutuk aku di belakang aku tak kisah janji aku tunaikan kewajipan aku kerana Allah.biarlah di hari guru aku tidak menjadi guru popular apa yang aku mahu nama aku tersemat di hati anak murid ku sehingga mereka dewasa dan seterusnya mendoakan aku seperti aku sekarang yang sentiasa mendoakan guru2 aku yang semasa di sekolah suka benar aku bangkang.apa yang guru aku suruh buat aku mesti tanye ape rasionalnya cikgu suruh sy hafal sifir,,,apa rasionalnya cikgu suruh sy hafal isi kandungan kamus???huhu...maklumlah budak.sebab tu aku tak mahu anak murid aku menyesal di kemudian hari.cuma dulu kat sek cikgu2 suka kat aku pasal bab keje rumah aku mesti siap nyer...walaupun banyak yg aku tanya..kenapa kene buat itu ini..hehe

Ahad, 21 Jun 2009

leganya

Pulang dari kuliahku jam 5.00 petang, Aku bergegas untuk mengambil anak2ku. Aku pulang ke rumah dengan dada yang lapang. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan jadual sek seoptimum mungkin walaupun ada yang merungut tentang jadual waktu mereka namun aku faham dan aku cuba yang sebaiknya membetulkan ape yang perlu demi kepuasan semua pihak...namun aku rasa 10% aku tidak sempat nak touch up lagi kerana aku mengambil masa 1 minggu (cuti) untuk ubah kembali jadual mengikut spesifikasi nazir berikan.ada satu masa aku tidak tido dan datang ke sekolah dgn keadaan mata yang mengantuk.aku berkejar juga untuk kelas pagi.di saat ini aku teringat kak seha yang banyak membantu aku jika kerja aku bertindih dan 3 4 pihak cari aku atas task tertentu. Kak Anizah yang banyak memberi nasihat utk menjadi guru yang baik.
Kadang kadang bila memikirkan jawatan aku ...aku rasa macam orang gila kuasa pulak.aku sedih apabila ada pihak mempertikaikan:
Hamba Allah : awak dah duduk kat Siber tu syoklah ..relaks..keje tak banyak..bilik aircond lagi.
Kalaulah aku mantion kat dia keje aku...hmmm.yea..orang tak nampak keje aku...aku dok sorang2 kat bilik siber tu..buat keje cam nak mati.itu nak buat ini nak buat.tapi takpelah Allah Maha Mengetahui.bila kembali kepadaNya barulah hati aku tenang kembali.setenang salju di danau kalbu.
1 minggu aku balik pukul 5 petang semata2 siapkan jadual...aku tak buat kelas SBT tapi aku jalankan kelas tambahan tahun 6. hari.
hari ni tak larat nak amik baju kat wati...takde budget. aku antar 10 pasang kain utk dijahit.
hari isnin dan jumaat jer pakai baju baru(beli di jackel harga 65kg.banyak tu.
mana aku dapat duit....alhamdulillah terima kasih pada suami.sabtu ahad takde kat umah cari pendapatan lebih.aku akan dapat tunai 200 setiap kali husb outstation.apa salahnya aku beli baju utk bergaya.belanja anak makan.beli barang kegemaran.(digital)sedangkan husb aku boleh beli.jamnye dah 1k lebih..aku nyer baru 300..hanphone aku beratus jer drpd husb aku..so tak salah aku lebihkan kepada baju aku.sbb aku suka pakai baju baru.bukan untuk menunjuk tapi kalau pakai baju lama ketat...orang mengata pulak...so mna satu..?kesimpulannya kenalah buat baju lain.
suruh kuruskan badan???cakap memang senang..so iyer kan ajelah.
apa cara nak larikan diri dari rutin tugas???aku nak gi kursus..kursus conversation kepada math..aku suka ngajar math.suka.suka.

Jumaat, 19 Jun 2009

budi ibu bapa

aku tersentak tatkala teringat beberapa tahun lalu sekolahku mengadakan akikah.
aku ingin membuat akikah atas namaku.
Bila aku bertanya bayaran adlah seorang hamba Allah ini (keluarga berada) bertanya untuk sape aku nak akikah.
aku kata untuk diri aku.
Dengan lantang dia berkata hai..takkan mak ayah aku tidak akikahkan aku masa kecik?
aku kata: mak ayah bukan orang senang
hamba Allah: eh tipulah...akak dok kampung pun mak ayah dah akikah (pasal aku dok KL)
aku kata : Iyer kak..sorang dari kami pun tak akikah..ayah bukan orang kaya...
hamba Allah: hei itu tanggungjawab mak ayah tu.
aku tersentak. sampai hati dia maksudkan mak ayah aku tak bertanggungjawab.
aku ingin bagitahu pada hamba Allah tersebut: mak ayah aku cukup bertanggungjawab.
berkorban kesenangan diri demi menyara kami 13 beradik.
ayah aku dulu mmg pandai..sekolah aliran inggeris...boleh sambung belajar tapi ayah aku tak pegi pasal ayah dia sakit.
ditakdirkan ayah mempunyai ramai anak dan dia selesa memilih pendekatan besarkan anak2 jadi orang yang berguna. biar ayah tak pakai kereta, biar ayah tak penah makandi pejabat...
Kesimpulannya aku tak pernah marah ayah dan umi aku tak akikahkan aku kerana aku faham.

sifat mazmumah

kenapa kita perlu irihati dengan kejayaan orang lain
tidak salah sebenarnya irihati jika kita tidak menjatuhkan orang lain.
itu satu pengajaran yang aku dapati kadang2 kita sendiri tidak sedar sifat ini ada dalam diri kita.
macam aku sendiri..aku pernah irihati dengan kawan sekelas yang kaya orangnya
tapi pengajaran: bersyukur dengan apa yang ada..tak semestinya bila kita kaya kita senang dan bila kaya orang lain pulak dengki dengan kita.orang kaya itu kekurangannya dia anak tunggal sedangkan aku ramai adik beradik.
aku pernah irihati dengan kawan aku yang majlis perkahwinannya paling grand di kampung aku (dia tak keje pun)....kekurangannya 5 tahun lepas tu bercerai alasan suaminya dia tak buleh lahirkan zuriat.hmmm sekali lagi aku tersedar...bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan hidup seseorang itu ada pro dan kontra.
aku cuma berdoa pada Allah agar aku hidup tanpa sebarang masalah...aman dan harmoni.biar tidak kaya biar tidak mampu keliling dunia asalkan aku mampu membantu ibu bapaku dan meningkatkan taraf hidupku demi meninggikan martabat ibu bapaku pada pandangan pakcik dan makcik ku yang kaya raya dan berpendidikan tinggi.
Akan aku buktikan walau pun aku anak setinggan, aku mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.
Kepada ibu bapaku tahniah dan bersabarlah. di waktu mudamu sibuk menjaga kami 13 beradik, insya Allah kami semua 13 beradik iniberdoa agar kami diberi kesenangan hidup supaya dapat membantu ayah dan umi kini dan masa mendatang.

Sabtu, 6 Jun 2009

Iman n Lessa
















Projek KDP TMK 2007 IPDA di Langkawi







Kenangan terindah bersama pensyarah dan rakan sekursus KDP TMK Julai-Okt 2007 di IPDA semasa
melaksanakan projek Rakaman dan Editing Video di Langkawi KILIM Geoforest Park
Terima kasih kepada pihak LADA kerana sudi menaja kami.
Sesungguhnya Pulau Langkawi amat menarik untuk dijelajahi. Panorama indah tercatat di pulau Lagenda ini.
Terima kasih juga kepada En Shahidan; Pengarah IPDA (sekarang Pengarah Pelajaran Kedah) dan Timbalan Pengarah IPDA, En Zulkifli (Unit Peperiksaan IPDA 2007)..Jasa kalian amat kami hargai di atas sokongan anda kami dapat menikmati dan merakamkan panorama indah yang terdapat di Langkawi.



Alessa Diana 2

Alessa Diana Bt Ahmad Izaney
Lahir pada 25 Jan 2006
Jam 11.30 tengahari
caeserian
Berat masa lahir 3.28 kg

Alessa Diana 1


Alessa Diana dari umur 1 bulan hingga 1 tahun

Khamis, 4 Jun 2009

Celcom Broadband

hihi...kul 3.00 sampai umah dari Melaka...
rehat jap n suami aku nih terus capai motor gi Celcom KL
amik broadband
promosi utk kakitangan kerajaan sampai 31 Mei....bayar mula rm100 n monthly rm50...3.68mbps
aku nyer satu husb punye satu...hah amik kau...aku rase cam nak beli laptop kecik lah pulak...hihi mudahkan aku usung ke hulu ke hilir (harta sendiri lagi seronok sebenarnya...)
takdelah takut hilang takut kene tindakan tatatertib...Ya Allah lindungilah aku dari semua musibah itu. Amin

Taman Mini Malaysia

hmm aku singgah nak masuk ler...aku tgk harga tiket rm12.oo...sama rega utk warga Malaysia dan pelancong asing...memang tak fair langsung....pelancong asing banyak duit..rakyat malaysia nih yang golongan sederhana camner....kesian tau...buat iklan cuti2 malaysia...baik melancong kat indon lagi murah...so pengurusan taman mini malaysia contohilah Pulau Langkawi...warga malaysia dapat diskaun...mmg bagus....so sorrylah aku tak masuk Taman Mini nih...baik aku gi Bandung ke Bali ker...hmmmm lu pikirlah sendiri...Malaysia Boleh

Bandar Dihilir

Check in kat Seri Costa...RM115.oo (paling murah ler)
sesi tidur n tgk tv dalam hotel jerk
pasal Iman tak sihat...ayah mertua pun tak sihat...
suami ku pegi spa..seronok ler tu dapat manjakan diri...RM100 (facial, aromateraphy n refleksologi)..aku nak jugak tapi mahal sgt kot reganye dalam pamplet nih...
takpelah balik rumah aku buat kat umah kak Ela lah...murah jerk..perkhimatan pun memuaskan
8.00 malam : baru kuar bandar Hilir...
naik menara Tamingsari RM10.oo perhead (kejap jerk...tapi cantik view dari atas)
naik beca RM10.00 perhead (tak sampai 5 minit jalan kaki...RM5 pun ok dah)mmg tak puas hati...tak pelah lu pikirlah sendiri...
naik bot merentasi sg melaka RM 10.00 perhead (45 minit..mmg berbaloi)
kesimpulannya Melaka memang kaya....orang Melaka pun kaya raya..pasal kampung Morten contohnya kerajaan support tu bil api....hihi (tak kayo lagi ker rakyat Melaka..?)ape ape pun mmg seronok....tapi mahal sangat lah...sian orang tak kayo cam aku nih

Tanjung Bidara, Melaka

Tanjung Bidara 2 Jun 2009
2.30 petang : Bertolak ke Melaka
5.00 petang : sampai ke Tanjung Bidara
check in kat chalet rm250..
Tidur jerk..pasal serangan resdung..huhu
8.30 pagi : Sarapan kat kedai area chalet..tak makan pun kat chalet nih..nasi goreng keras; roti kering; sosej (paling sedap pun)
Tapi layanan orang2 kat sini memang best...ramah giler siot..huhu
Iman mandi laut tapi lepas tu sakit tersedak2...
aku tgk tak ramai mandi kat sni..muskil gak...hmmm
10.00 pagi : Iman dah teruk sangat muka dia nih...pucat...aku mandi kejap jerk pasal muka aku pedih bangat.
10.15 am: Mandi di swimming pool kat chalet...aku masuk mandi n bawak baby Mira aku yang cecah 3 bulan tu mandi skali...huiyooo terrornye si mira nih...tak nangis pun...lagi suka dok dalam air...hmm agaknye mak dia suka swimming...yer lah 8 bulan ngandungkan Mira pun gi swimming lagi...bukan aper ringan jer badan masa swimming tu...hihihi...
12.00 tgh : check out chalet...gi ke bandar di hilir
Tak leh jadi nih..Iman makin teruk...hmm bawak gi klinik rupanya doktor tu kate Tanjung Bidara dah tercemar sebab ada orang bela ayam habis sume buangan ayam2 tu buang kat tanjung bidara yng kalau dijaga tu cantik siot...
Sian Iman...orang nak berseronok cuti2 nih dia dapat penyakit lak....

PertembunganTamadun