Jumaat, 19 Jun 2009

sifat mazmumah

kenapa kita perlu irihati dengan kejayaan orang lain
tidak salah sebenarnya irihati jika kita tidak menjatuhkan orang lain.
itu satu pengajaran yang aku dapati kadang2 kita sendiri tidak sedar sifat ini ada dalam diri kita.
macam aku sendiri..aku pernah irihati dengan kawan sekelas yang kaya orangnya
tapi pengajaran: bersyukur dengan apa yang ada..tak semestinya bila kita kaya kita senang dan bila kaya orang lain pulak dengki dengan kita.orang kaya itu kekurangannya dia anak tunggal sedangkan aku ramai adik beradik.
aku pernah irihati dengan kawan aku yang majlis perkahwinannya paling grand di kampung aku (dia tak keje pun)....kekurangannya 5 tahun lepas tu bercerai alasan suaminya dia tak buleh lahirkan zuriat.hmmm sekali lagi aku tersedar...bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan hidup seseorang itu ada pro dan kontra.
aku cuma berdoa pada Allah agar aku hidup tanpa sebarang masalah...aman dan harmoni.biar tidak kaya biar tidak mampu keliling dunia asalkan aku mampu membantu ibu bapaku dan meningkatkan taraf hidupku demi meninggikan martabat ibu bapaku pada pandangan pakcik dan makcik ku yang kaya raya dan berpendidikan tinggi.
Akan aku buktikan walau pun aku anak setinggan, aku mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.
Kepada ibu bapaku tahniah dan bersabarlah. di waktu mudamu sibuk menjaga kami 13 beradik, insya Allah kami semua 13 beradik iniberdoa agar kami diberi kesenangan hidup supaya dapat membantu ayah dan umi kini dan masa mendatang.

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun