Rabu, 28 Julai 2010
Selasa, 27 Julai 2010
pembalasan
Hari ini aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap hari andai aku bersedih, terasa hati kepadaNya aku mengadu. Hari ini Allah memberiku pelbagai kejayaan. Insan yang menganiayai, menikamku dari belakang sedikit sedikit mula menampakkan balasan. Aku pelik kenapa orang macam aku yang tidak bersuara lantang sebelum ini sedap aje kena pijak kepala. aku sebagai ketua sedap aje orang bawah tu cucuk bos besar ..depan depan aku boleh hentam ayat makan dalam punyer...takpe aku sabar.satu hari orang di sekeliling akan sedar apa yang aku maksudkan hari ini. Kepada insan tersebut, ingatlah jgn kerana bos besar sayang dan suka boleh ambik kesempatan dan mendongak diri ke langit. Perginya aku dari tempat itu dengan kejayaan.aku tahu insan tersebut sedikit cuak dan terbeliak kerana sangka aku ni jenis baik, diam dan ya n ya jer.; ingat ...tapi aku gembira kerana dengan kejayaan aku ini aku tak perlu lagi mengadap muka orang itu.amin
Rabu, 21 Julai 2010
Rona roni kehidupan
Hampir sebulan aku berada di sekolah ini. Alhamdulillah. Aku berharap disini aku dapat ilmu yang secukupnya cara-cara menjadi pemimpin. Aku singgah di SK Taman Sea dari jam 1.30 pagi hingga 6.00 pagi sebagai tanda sokongan aku terhadap warga sk taman sea yang bertungkus lumus menjayakan program Bacathon di sekolah. Hampir 2 bulan aku disana sbg pk Koko aku mula merasakan bahang kekeluargaan sesama guru seramai 35 orang makin akrab.Walaupun aku antara guru termuda dan guru2 disitu kebanyakannya bukan calang-calang orang namun mereka semua memberi sokongan kepada aku. Terima kasih kepada kalian semua kerana bersedia berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar untuk aku lebih berjaya di masa hadapan.Aku sayang nak tinggalkan sekolah itu tetapi nampaknya Allah memberi aku sedetik waktu yang singkat untuk aku berasa selesa kerana aku diberi cabaran yang maha hebatnya untuk berada di SK Bukit Rahman Putra sebagai PK Petang. Sekolah cemerlang kategori luar bandar di selangor; bilangan murid 40 orang satu kelas dan aku berhadapan dengan murid tahap 1 hampir 640 orang. Hebat pada namanya dan begitu jugalah pelbagai karenah guru2 yang aku dapat lihat disini. Aku terfikir betapa berjayanya Guru Besar mereka sebelum ini memimpin mereka untuk menjadikan sekolah ini ceria dan menarik.Ketika ini aku teringat SK Sungai Buloh sekolah pertama aku posting dan aku berada di sini hampir 8 tahun tanpa sedar. Tanpa sedar juga umur aku bakal menjangkau 30an. Aku tersentak apabila ada guru menyuarakan pandangannya tentang aku."Puan, i rasa u ada chance untuk bergelar pengarah".aku terkebil2 n terkesima.Pengarah??tugas yang berat dan mencabar.Andainya aku sampai ke tahap itu aku mengharapkan agar aku masih merendah diri dan tidak riak. Ya ketika ini pelbagai kejayaan datang menghampiri aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.Ketika ini apabila aku mendengar lagu2 KRU n elite; semangat kerajinan aku makin bertambah. lagu2 ini mengingatkan zaman aku bersekolah menengah rendah.masa tu ramai peminat.bile diingat2 kembali pasti secara spontan aku tersenyum dengan sendiri.andai waktu dapat diputar indahnya hidup aku dikelilingi orang2 yang menyayangi diri ini.
Ahad, 18 Julai 2010
Dah kurus
Dengan Totalife Product dan sedikit azam yang kuat dengan berkat daripada Allah SWT aku berjaya mengurangkan berat aku hingga sekarang adalah 58kg.Berat ideal aku ad
adalah 45kg. Sikit lagi aku akan mencapai target. Kepada sesiapa diluar sana bercita-cita tinggi dan mempunyai azam serta ketahanan mental dan emosi yang kuat untuk menurunkan berat badan boleh hubungi saya. Dah ramai testimoni yang berjaya kurangkan berat badan melebihi 30kg ke atas. Perhatikan statement ini:-
Anda suka baby? tetapi anda terpaksa mengandung untuk dapatkannya.
Anda suka dapat duit? tetapi anda terpaksa bekerja untuk mendapatkannya.
Anda suka makan?tetapi anda terpaksa memasak atau membeli dan bekerja untuk mendapat sesuap nasi.
Anda tidak suka MLM? tetapi jalan untuk menjadi jutawan ada padanya.
Anda suka mendapat untung besar?tetapi modal pelaburan anda juga besar
Anda suka jadi bisnesman? tetapi anda perlukan lakukan perniagaan yang besar
Anda ingin cemerlang dalam peperiksaan?tetapi anda harus korbankan tidur untuk study
Anda suka cantik dan slim? tetapi anda perlu berdiet dan menjaga pemakanan untuknya.
Oleh itu perhatikanlah bahawa benda yang kita tidak suka itulah jalan menuju kejayaan untuk kita.
Obesiti
Masa ni berat aku dah tahap obesiti...lepas bersalin terpaksa buat baju baru...sedih sangat..muka pun kembang semacam jer..nasib baik jumpa Kak Habsah cikgu SMK Tasek Puteri kerana memberi idea dan semangat kepada aku untuk kembali mencapai berat badan ideal. Dulu kak Habsah 1XXkg dan aku terkezut beruk bile jumpe dia dalam berat ideal 58kg.Alhamdulillah dengan izin Allah berat aku berjaya dikurangkan.Dah tak obes lagi.
Khamis, 15 Julai 2010
Markah periksa
Apabila suami membawa pulang buku LAB, aku seperti tidak terlalu excited anak aku akan tergolong dalam 5 excellent student kerana aku tahu kejenya asyik main game n tido...aku berusaha membeli dan melanggan Score A kerana ianya interaktif dan menggunakan komputer...anak aku suka ngan komputer n ini mendorongnya untuk membuat latihan dengan pemantauan aku.
Ironisnya:-
Iman Alimi anak seorang guru periksa nombor 30 manakala rakannya anak penjual nasi lemak mendapat nombor 1 di dalam kelas.
Apa nak diherankan kepandaian dan keimanan seseorang bukan boleh diwarisi. Aku harap usaha aku ini mendapat keredaanNya dan jika anak aku berjaya, aku gembira andainya aku boleh berkongsi dengan orang lain. Selepas ini anak aku akan mendapat nombor 5 ke atas..harapan aku. Amin
Ironisnya:-
Iman Alimi anak seorang guru periksa nombor 30 manakala rakannya anak penjual nasi lemak mendapat nombor 1 di dalam kelas.
Apa nak diherankan kepandaian dan keimanan seseorang bukan boleh diwarisi. Aku harap usaha aku ini mendapat keredaanNya dan jika anak aku berjaya, aku gembira andainya aku boleh berkongsi dengan orang lain. Selepas ini anak aku akan mendapat nombor 5 ke atas..harapan aku. Amin
Tips kuruskan badan dengan cara selamat
Tahniah kak habsah(bercermin mata) dari xxx kg kepada sekarang mencapai berat ideal kepada 58 kg. Alhamdulillah.
1. Kurangkan makan nasi (satu senduk satu hari)
2. Kurangkan makanan berminyak (dalam tempoh 3 bulan jgn sentuh makanan berminyak)
3. Gantikan dengan makanan berkalori rendah (Totalife)
- Ramai testimoni yang berjaya turunkan berat badan ke berat badan ideal tidak menjadi gemuk kembali.
- Bila berhenti makan makanan kalori rendah ini, kita tidak akan ketagih atau menambah selera makan
- Mengurangkan tekanan darah rendah dan kencing manis
- Membantu menguatkan imunisasi badan
- Membantu menegangkan kulit yang kendur.
- Cuba pakej 5 bulan dan mengikut syarat dan peraturan insya Allah akan berjaya. Kita berusaha dan Allah yang menentukan.Amin
Sabtu, 3 Julai 2010
salam perkenalan
Pukul 9.00 malam di dewan KIP. Aku menghulur tangan kepada seorang cikgu yang tidak pernah aku lihat sebelum ini... tetapi sedikit terkilan di hati aku melihat sedikit riak tidak manis di wajahnya apabila aku bertanyakan ..penghuni baru ker..."..."eh dah lama dah sy duduk sini"....sebab dari mula kuarters ni dibuka(2005) aku antara penghuni terawal kuarters dan aku mengenali setiap penghuni waktu itu tetapi tidak sekarang kerana keluar masuk penghuni. kuarters ni pun dari mula aku duduk dah bermasalah.takpelah...tetapi sejak itu apabila aku berjumpa cikgu tersebut aku langsung memalingkan muka aku. aku pantang kalau aku hulur salam perkenalan tetapi sombong lepas tu nak harapkan aku senyum balik...no..thats not me...sebab malam itu aku rasa ego aku dah down...tapi aku ni cepat lembut hati.hmm
Penolong Kanan Petang
Pertama kali diperkenalkan waktu mesyuarat guru. Aku dah dapat agak ...soalan yang akan diajukan kepada aku ialah...muda lagi cikgu yea...cikgu lahir tahun berapa...aku menjawab dengan yakin tanpa rasa gugup atau cuak sebaliknya aku harap jawapan yang keluar dari mulut aku menjadi peransang kepada mereka untuk turut menjadi guru cemerlang. Terima kasih juga kepada guru-guru ini yang menerima aku walaupun mungkin ada sekelumit kata2 yang mungkin tidak enak tetapi sekali lagi aku tidak amik port perkara tersebut...ibarat kata2 cikgu senior"kalau orang rajin mungkin dia terima kita..yang akan mengata kite ialah mereka yang culas..."ya perkara itu memang betul. jadi aku tidak risau kerana aku yakin Allah bersama aku. Andai aku tercuit rasa riak aku mohon dijauhkan semua itu dari aku.
Penolong Kanan Kokurikulum
Pertama kali melangkah ke SK Taman Sea...aku berjumpa dengan Pn Theah dan SU sukan En Azwa. Kali ini aku pelik kenapa aku tak merasa janggal sebaliknya aku terus mendengar penerangan dari mantan PK Koko dan balik ke rumah aku terus melayari internet mencari maklumat tentang kokurikulum. Dalam masa seminggu aku telah habis membaca kesemua 97 pekeliling kokurikulum bermula dari tahun 1988 tak silap aku.Alhamdulillah berbekalkan sedikit maklumat dan juga menjelajah blog2 penolong kanan koko terutamanya dari Gombak banyak membantu aku mendedahkan sedikit sebanyak tugasan aku sbg pk koko di sekolah tersebut.
Walaupun umur aku masih 28 tahun, walaupun aku antara pk yang termuda tetapi aku tidak merasa tergugat walaupun ada sesetengah mereka menasihati aku agar tabah dan berhati-hati serta cekalkan hati menghadapi isu pk yang muda kerana ada guru2 yang tidak akan berpuas hati dengan aku. Aku mendengar dan didalam hati aku berserah kepada Allah dan mendoakan agar rakan sekerja aku dapat menerima aku dengan baik. Segala ketidakpuashati mereka aku abaikan dan tidak ambil port sangat sebaliknya aku teruskan dengan kerja aku tanpa memikirkan anggapan mereka terhadap aku.
Aku juga berpuas hati walaupun 2 bulan aku berada di sekolah ini, kurang2nya ada perkara yang aku buat dan diingati oleh cikgu2 disini. Aku berpuas hati kerana at least aku ada buat kerja. Sambutan Hari Guru dan Hari Bacaton walaupun aku tak sempat berada di sana hingga tarikhnya sekurang2 aku mencetus satu fenomena baru agar mereka tahu sebenarnya mereka mampu buat sesuatu untuk menaikkan nama sekolah dalam pelbagai cara. Aku lihat ramai guru di sekolah ini mampu pergi jauh tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka.moga dengan sedikit pendedahan yang sedikit aku berikan mampu untuk mereka berfikir cara mencari jalan membuka ruang kepada mereka agar tidak stereotaip dengan tugas sebagai seorang guru dan hakikatnya tugas guru bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi banyak lagi.
Walaupun umur aku masih 28 tahun, walaupun aku antara pk yang termuda tetapi aku tidak merasa tergugat walaupun ada sesetengah mereka menasihati aku agar tabah dan berhati-hati serta cekalkan hati menghadapi isu pk yang muda kerana ada guru2 yang tidak akan berpuas hati dengan aku. Aku mendengar dan didalam hati aku berserah kepada Allah dan mendoakan agar rakan sekerja aku dapat menerima aku dengan baik. Segala ketidakpuashati mereka aku abaikan dan tidak ambil port sangat sebaliknya aku teruskan dengan kerja aku tanpa memikirkan anggapan mereka terhadap aku.
Aku juga berpuas hati walaupun 2 bulan aku berada di sekolah ini, kurang2nya ada perkara yang aku buat dan diingati oleh cikgu2 disini. Aku berpuas hati kerana at least aku ada buat kerja. Sambutan Hari Guru dan Hari Bacaton walaupun aku tak sempat berada di sana hingga tarikhnya sekurang2 aku mencetus satu fenomena baru agar mereka tahu sebenarnya mereka mampu buat sesuatu untuk menaikkan nama sekolah dalam pelbagai cara. Aku lihat ramai guru di sekolah ini mampu pergi jauh tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka.moga dengan sedikit pendedahan yang sedikit aku berikan mampu untuk mereka berfikir cara mencari jalan membuka ruang kepada mereka agar tidak stereotaip dengan tugas sebagai seorang guru dan hakikatnya tugas guru bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi banyak lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)