Sabtu, 3 Julai 2010

Penolong Kanan Kokurikulum

Pertama kali melangkah ke SK Taman Sea...aku berjumpa dengan Pn Theah dan SU sukan En Azwa. Kali ini aku pelik kenapa aku tak merasa janggal sebaliknya aku terus mendengar penerangan dari mantan PK Koko dan balik ke rumah aku terus melayari internet mencari maklumat tentang kokurikulum. Dalam masa seminggu aku telah habis membaca kesemua 97 pekeliling kokurikulum bermula dari tahun 1988 tak silap aku.Alhamdulillah berbekalkan sedikit maklumat dan juga menjelajah blog2 penolong kanan koko terutamanya dari Gombak banyak membantu aku mendedahkan sedikit sebanyak tugasan aku sbg pk koko di sekolah tersebut.
Walaupun umur aku masih 28 tahun, walaupun aku antara pk yang termuda tetapi aku tidak merasa tergugat walaupun ada sesetengah mereka menasihati aku agar tabah dan berhati-hati serta cekalkan hati menghadapi isu pk yang muda kerana ada guru2 yang tidak akan berpuas hati dengan aku. Aku mendengar dan didalam hati aku berserah kepada Allah dan mendoakan agar rakan sekerja aku dapat menerima aku dengan baik. Segala ketidakpuashati mereka aku abaikan dan tidak ambil port sangat sebaliknya aku teruskan dengan kerja aku tanpa memikirkan anggapan mereka terhadap aku.
Aku juga berpuas hati walaupun 2 bulan aku berada di sekolah ini, kurang2nya ada perkara yang aku buat dan diingati oleh cikgu2 disini. Aku berpuas hati kerana at least aku ada buat kerja. Sambutan Hari Guru dan Hari Bacaton walaupun aku tak sempat berada di sana hingga tarikhnya sekurang2 aku mencetus satu fenomena baru agar mereka tahu sebenarnya mereka mampu buat sesuatu untuk menaikkan nama sekolah dalam pelbagai cara. Aku lihat ramai guru di sekolah ini mampu pergi jauh tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka.moga dengan sedikit pendedahan yang sedikit aku berikan mampu untuk mereka berfikir cara mencari jalan membuka ruang kepada mereka agar tidak stereotaip dengan tugas sebagai seorang guru dan hakikatnya tugas guru bukan hanya mengajar murid di dalam kelas tetapi banyak lagi.

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun