Rabu, 21 Julai 2010

Rona roni kehidupan

Hampir sebulan aku berada di sekolah ini. Alhamdulillah. Aku berharap disini aku dapat ilmu yang secukupnya cara-cara menjadi pemimpin. Aku singgah di SK Taman Sea dari jam 1.30 pagi hingga 6.00 pagi sebagai tanda sokongan aku terhadap warga sk taman sea yang bertungkus lumus menjayakan program Bacathon di sekolah. Hampir 2 bulan aku disana sbg pk Koko aku mula merasakan bahang kekeluargaan sesama guru seramai 35 orang makin akrab.Walaupun aku antara guru termuda dan guru2 disitu kebanyakannya bukan calang-calang orang namun mereka semua memberi sokongan kepada aku. Terima kasih kepada kalian semua kerana bersedia berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar untuk aku lebih berjaya di masa hadapan.Aku sayang nak tinggalkan sekolah itu tetapi nampaknya Allah memberi aku sedetik waktu yang singkat untuk aku berasa selesa kerana aku diberi cabaran yang maha hebatnya untuk berada di SK Bukit Rahman Putra sebagai PK Petang. Sekolah cemerlang kategori luar bandar di selangor; bilangan murid 40 orang satu kelas dan aku berhadapan dengan murid tahap 1 hampir 640 orang. Hebat pada namanya dan begitu jugalah pelbagai karenah guru2 yang aku dapat lihat disini. Aku terfikir betapa berjayanya Guru Besar mereka sebelum ini memimpin mereka untuk menjadikan sekolah ini ceria dan menarik.Ketika ini aku teringat SK Sungai Buloh sekolah pertama aku posting dan aku berada di sini hampir 8 tahun tanpa sedar. Tanpa sedar juga umur aku bakal menjangkau 30an. Aku tersentak apabila ada guru menyuarakan pandangannya tentang aku."Puan, i rasa u ada chance untuk bergelar pengarah".aku terkebil2 n terkesima.Pengarah??tugas yang berat dan mencabar.Andainya aku sampai ke tahap itu aku mengharapkan agar aku masih merendah diri dan tidak riak. Ya ketika ini pelbagai kejayaan datang menghampiri aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.Ketika ini apabila aku mendengar lagu2 KRU n elite; semangat kerajinan aku makin bertambah. lagu2 ini mengingatkan zaman aku bersekolah menengah rendah.masa tu ramai peminat.bile diingat2 kembali pasti secara spontan aku tersenyum dengan sendiri.andai waktu dapat diputar indahnya hidup aku dikelilingi orang2 yang menyayangi diri ini.

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun