Ahad, 28 Jun 2009
Hari Terbuka (imbasan masa lampau)
Hari Terbuka aku ditugaskan di kelas 6 kenanga sebagai guru pembantu. aku ngajar ler sains sambil bincang sooalan titian kasih.aku bangga ngan budak2 tu...bayangkan daripada 2 jer lulus masa titian kasih 1 kepada 6lulus dan skarang masuk ujian titian kasih 3, 3 jerk yang gagal...aku rasa happy sangat.alhamdulillah.masa aku masuk 6 kenanga aku berazam nak naikkan sume markah diorang yang tak lulus kepada sekurang2nya B. aku mmg garang masa tu ditambah dengan stress yang aku cipta sendiri..mengharapkan kejayaan sepantas kilat. aku tension setiap kali aku ngajar budak masih tak dapat...tanpa memikirkan kemampuan individu menerima input adalah berlainan. satu jerk aku pesan kat diorang banyakkan latihan, ulangkaji...biarlah diorang nak marah aku, nak kutuk aku di belakang aku tak kisah janji aku tunaikan kewajipan aku kerana Allah.biarlah di hari guru aku tidak menjadi guru popular apa yang aku mahu nama aku tersemat di hati anak murid ku sehingga mereka dewasa dan seterusnya mendoakan aku seperti aku sekarang yang sentiasa mendoakan guru2 aku yang semasa di sekolah suka benar aku bangkang.apa yang guru aku suruh buat aku mesti tanye ape rasionalnya cikgu suruh sy hafal sifir,,,apa rasionalnya cikgu suruh sy hafal isi kandungan kamus???huhu...maklumlah budak.sebab tu aku tak mahu anak murid aku menyesal di kemudian hari.cuma dulu kat sek cikgu2 suka kat aku pasal bab keje rumah aku mesti siap nyer...walaupun banyak yg aku tanya..kenapa kene buat itu ini..hehe
Ahad, 21 Jun 2009
leganya
Pulang dari kuliahku jam 5.00 petang, Aku bergegas untuk mengambil anak2ku. Aku pulang ke rumah dengan dada yang lapang. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan jadual sek seoptimum mungkin walaupun ada yang merungut tentang jadual waktu mereka namun aku faham dan aku cuba yang sebaiknya membetulkan ape yang perlu demi kepuasan semua pihak...namun aku rasa 10% aku tidak sempat nak touch up lagi kerana aku mengambil masa 1 minggu (cuti) untuk ubah kembali jadual mengikut spesifikasi nazir berikan.ada satu masa aku tidak tido dan datang ke sekolah dgn keadaan mata yang mengantuk.aku berkejar juga untuk kelas pagi.di saat ini aku teringat kak seha yang banyak membantu aku jika kerja aku bertindih dan 3 4 pihak cari aku atas task tertentu. Kak Anizah yang banyak memberi nasihat utk menjadi guru yang baik.
Kadang kadang bila memikirkan jawatan aku ...aku rasa macam orang gila kuasa pulak.aku sedih apabila ada pihak mempertikaikan:
Hamba Allah : awak dah duduk kat Siber tu syoklah ..relaks..keje tak banyak..bilik aircond lagi.
Kalaulah aku mantion kat dia keje aku...hmmm.yea..orang tak nampak keje aku...aku dok sorang2 kat bilik siber tu..buat keje cam nak mati.itu nak buat ini nak buat.tapi takpelah Allah Maha Mengetahui.bila kembali kepadaNya barulah hati aku tenang kembali.setenang salju di danau kalbu.
1 minggu aku balik pukul 5 petang semata2 siapkan jadual...aku tak buat kelas SBT tapi aku jalankan kelas tambahan tahun 6. hari.
hari ni tak larat nak amik baju kat wati...takde budget. aku antar 10 pasang kain utk dijahit.
hari isnin dan jumaat jer pakai baju baru(beli di jackel harga65kg.banyak tu.
mana aku dapat duit....alhamdulillah terima kasih pada suami.sabtu ahad takde kat umah cari pendapatan lebih.aku akan dapat tunai 200 setiap kali husb outstation.apa salahnya aku beli baju utk bergaya.belanja anak makan.beli barang kegemaran.(digital)sedangkan husb aku boleh beli.jamnye dah 1k lebih..aku nyer baru 300..hanphone aku beratus jer drpd husb aku..so tak salah aku lebihkan kepada baju aku.sbb aku suka pakai baju baru.bukan untuk menunjuk tapi kalau pakai baju lama ketat...orang mengata pulak...so mna satu..?kesimpulannya kenalah buat baju lain.
suruh kuruskan badan???cakap memang senang..so iyer kan ajelah.
apa cara nak larikan diri dari rutin tugas???aku nak gi kursus..kursus conversation kepada math..aku suka ngajar math.suka.suka.
Kadang kadang bila memikirkan jawatan aku ...aku rasa macam orang gila kuasa pulak.aku sedih apabila ada pihak mempertikaikan:
Hamba Allah : awak dah duduk kat Siber tu syoklah ..relaks..keje tak banyak..bilik aircond lagi.
Kalaulah aku mantion kat dia keje aku...hmmm.yea..orang tak nampak keje aku...aku dok sorang2 kat bilik siber tu..buat keje cam nak mati.itu nak buat ini nak buat.tapi takpelah Allah Maha Mengetahui.bila kembali kepadaNya barulah hati aku tenang kembali.setenang salju di danau kalbu.
1 minggu aku balik pukul 5 petang semata2 siapkan jadual...aku tak buat kelas SBT tapi aku jalankan kelas tambahan tahun 6. hari.
hari ni tak larat nak amik baju kat wati...takde budget. aku antar 10 pasang kain utk dijahit.
hari isnin dan jumaat jer pakai baju baru(beli di jackel harga
mana aku dapat duit....alhamdulillah terima kasih pada suami.sabtu ahad takde kat umah cari pendapatan lebih.aku akan dapat tunai 200 setiap kali husb outstation.apa salahnya aku beli baju utk bergaya.belanja anak makan.beli barang kegemaran.(digital)sedangkan husb aku boleh beli.jamnye dah 1k lebih..aku nyer baru 300..hanphone aku beratus jer drpd husb aku..so tak salah aku lebihkan kepada baju aku.sbb aku suka pakai baju baru.bukan untuk menunjuk tapi kalau pakai baju lama ketat...orang mengata pulak...so mna satu..?kesimpulannya kenalah buat baju lain.
suruh kuruskan badan???cakap memang senang..so iyer kan ajelah.
apa cara nak larikan diri dari rutin tugas???aku nak gi kursus..kursus conversation kepada math..aku suka ngajar math.suka.suka.
Jumaat, 19 Jun 2009
budi ibu bapa
aku tersentak tatkala teringat beberapa tahun lalu sekolahku mengadakan akikah.
aku ingin membuat akikah atas namaku.
Bila aku bertanya bayaran adlah seorang hamba Allah ini (keluarga berada) bertanya untuk sape aku nak akikah.
aku kata untuk diri aku.
Dengan lantang dia berkata hai..takkan mak ayah aku tidak akikahkan aku masa kecik?
aku kata: mak ayah bukan orang senang
hamba Allah: eh tipulah...akak dok kampung pun mak ayah dah akikah (pasal aku dok KL)
aku kata : Iyer kak..sorang dari kami pun tak akikah..ayah bukan orang kaya...
hamba Allah: hei itu tanggungjawab mak ayah tu.
aku tersentak. sampai hati dia maksudkan mak ayah aku tak bertanggungjawab.
aku ingin bagitahu pada hamba Allah tersebut: mak ayah aku cukup bertanggungjawab.
berkorban kesenangan diri demi menyara kami 13 beradik.
ayah aku dulu mmg pandai..sekolah aliran inggeris...boleh sambung belajar tapi ayah aku tak pegi pasal ayah dia sakit.
ditakdirkan ayah mempunyai ramai anak dan dia selesa memilih pendekatan besarkan anak2 jadi orang yang berguna. biar ayah tak pakai kereta, biar ayah tak penah makandi pejabat...
Kesimpulannya aku tak pernah marah ayah dan umi aku tak akikahkan aku kerana aku faham.

sifat mazmumah
kenapa kita perlu irihati dengan kejayaan orang lain
tidak salah sebenarnya irihati jika kita tidak menjatuhkan orang lain.
itu satu pengajaran yang aku dapati kadang2 kita sendiri tidak sedar sifat ini ada dalam diri kita.
macam aku sendiri..aku pernah irihati dengan kawan sekelas yang kaya orangnya
tapi pengajaran: bersyukur dengan apa yang ada..tak semestinya bila kita kaya kita senang dan bila kaya orang lain pulak dengki dengan kita.orang kaya itu kekurangannya dia anak tunggal sedangkan aku ramai adik beradik.
aku pernah irihati dengan kawan aku yang majlis perkahwinannya paling grand di kampung aku (dia tak keje pun)....kekurangannya 5 tahun lepas tu bercerai alasan suaminya dia tak buleh lahirkan zuriat.hmmm sekali lagi aku tersedar...bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan hidup seseorang itu ada pro dan kontra.
aku cuma berdoa pada Allah agar aku hidup tanpa sebarang masalah...aman dan harmoni.biar tidak kaya biar tidak mampu keliling dunia asalkan aku mampu membantu ibu bapaku dan meningkatkan taraf hidupku demi meninggikan martabat ibu bapaku pada pandangan pakcik dan makcik ku yang kaya raya dan berpendidikan tinggi.
Akan aku buktikan walau pun aku anak setinggan, aku mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.
Kepada ibu bapaku tahniah dan bersabarlah. di waktu mudamu sibuk menjaga kami 13 beradik, insya Allah kami semua 13 beradik iniberdoa agar kami diberi kesenangan hidup supaya dapat membantu ayah dan umi kini dan masa mendatang.

Sabtu, 6 Jun 2009
Langgan:
Catatan (Atom)