Rabu, 17 Mac 2010

suka duka kehidupan

semalam aku menziarah kawan aku yang mengalami kanser. itulah hikmahnya kita bila melawat orang sakit. ketika itu aku benar-benar bersyukur bahawa aku tidak mengalami penderitaan seperti itu. kadang-kadang aku terfikir aku ni banyak permintaan dalam kehidupan tetapi apa yang aku sebagai hambaNya lakukan...ketika aku gembira aku boleh sujud syukur, aku boleh berwirid terhadap Allah, mintak keampunan, tahajud tengah malam..tetapi apabila aku dalam kesusahan akal fikiran yang berceramuk..aku habiskan dengan tidur...aku menangis di dalam hati...insan apalah aku ini...lewat minggu ini hati aku tidak keruan..setelah diselidik puncanya ialah...apa yang menjadi impian aku tidak kesampaian aku akan kecewa...mujur Allah sayangkan aku..memberi petunjuk untuk aku berubah sikap...aku ingat lagi saranan seorang guru di sekolah aku (SMK Kota Bharu)...kalau ada masalah jangan adukan kepada manusia...kerana mereka tidak boleh membantu...tetapi bila ada masalah mengadaplah Allah..insya Allah..
Tetapi kadang2 aku terlepas cakap jugak sekiranya aku ada masalah..terbawa2..padahnyer terimalah sendiri...kalau kawan yang mendengar masalah kita tak menyampaikan kepada orang lain...alhamdulillah itulah kawan kita..tetapi jika setiap inci dari mulut kita disampaikan kepada orang lain...fikirlah siapa dia...kadang2 ia boleh menimbulkan prasangka..tetapi kita sebagai manusia perlu saling memaafkan.

PertembunganTamadun