Isnin, 5 November 2012

Kemahiran Proses Sains

1
a)
Apakah perbezaan di antara pengajaran secara inkuiri dan pengajaran secara penemuan?

(6 markah)

      Pengajaran secara penemuan adalah pendekatan berasaskan inkuiri yang berlaku dalam situasi menyelesaikan masalah dimana murid membina pengetahuan dan pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa dimana murid sendiri memikirkan jawapan atau mencari penyelesaian kepada masalah.

      Kaedah pengajaran yang sesuai dengan pendekatan ini ialah simulasi, main peranan dan permainan. Kaedah ini dapat membantu guru meneroka nilai dan interpersonal dalam pengajaran. Ini memerlukan penglibatan murid yang aktif.

      Pengajaran secara inkuiri adalah pengajaran yang melibatkan tingkah laku murid dalam usaha mencari penjelasan yang rasional berhubung fenomena yang menarik minat mereka. Inkuiri melibatkan aktiviti dan kemahiran, namun tumpuan adalah proses aktif mencari ilmu ataupun membina kefahaman berhubung fenomena yang dikaji.












b)
Jelaskan dengan tepat dua jenis pengajaran secara inkuiri.
(8 markah)

       Pendekatan inkuiri terbimbing dimana guru membimbing murid melakukan kegiatan dengan mengemukakan pertanyaan awal dan terarah kepada perbincangan. Guru berperanan  aktif dalam menentukan masalah dan tahapnya. Pendekatan ini digunakan untuk murid yang kurang berpengalaman belajar secara inkuiri. Dengan ini murid lebih berorientasikan pada bimbingan dari guru sehingga murid dapat memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Murid akan diberi tugas yang sesuai untuk diselesaikan samada melalui perbincangan kumpulan ataupun individu agar mampu menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan secara mandiri.
      Pada permulaan, guru akan banyak memberi bimbingan dan pada tahap seterusnya bimbingan dikurangkan agar murid mampu melakukan inkuiri secara mandiri. Bimbingan yang diberikan merupakan pertanyaan perbincangan yang dapat membawa murid memahami konsep yang ingin disampaikan. Bimbingan dapat diberikan melalui edaran lembaran kerja yang berstruktur. Semasa proses pembelajaran guru akan memantau perbincangan murid melalui pemberian petunjuk-petunjuk dan panduan yang diperlukan oleh murid.
      Inkuiri bebas menempatkan murid seperti ilmuwan. Murid diberi kebebasan menentukan permasalahan untuk dikaji, menemukan dan menyelesaikan masalah secara mandiri serta merancang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan.
    Ketika ini hanya sedikit bimbingan diberikan. Kebaikan dari sistem ini ialah murid dapat menemukan jawapan melalui alternatif yang pelbagai bergantung kepada cara murid membina jawapan mereka sendiri. Antara kelemahan ialah memerlukan masa yang lama melebihi had yang ditetapkan dalam jadual waktu kerana murid bebas menentukan masalah yang ingin di kaji dan mungkin berbeza antara kumpulan atau individu yang lain untuk dibincangkan.




c)
Kenalpasti dua cabaran utama yang dihadapi oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran secara inkuiri.
(6 markah)
________________________________________________________________

Guru dan murid memerlukan masa yang lama untuk mencari jawapan atas masalah yang ingin diselesaikan apatah lagi apabila ianya melibatkan murid yang kurang berpengalaman dan agak lemah dalam pelajaran. Guru perlu pakar dalam merancang dan melaksanakan pengajaran ini. Guru perlu tahu perihal dan tahap kecerdasan murid, sosio ekonomi dan pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan sesi pengajaran. Guru juga perlu merancang dengan teliti soalan yang akan dikemukakan dan permasalahan yang ingin diutarakan agar ianya selari dengan masa dan objektif yang ingin dicapai.

















2
a)
Apakah perbezaan utama di antara tiga strategi pembelajaran dan pengajaran sains yang berikut: ujikaji, eksperimen dan demonstrasi.
(6 markah)
________________________________________________________________

Strategi
Uji kaji
Eksperimen
Demonstrasi
Definisi
Ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan  sesuatu percubaan
Ujian atau penyelidikan untuk membuktikan sesuatu hipotesis
Menerangkan dan menunjuk cara menggunakan sesuatu alatan atau melakukan sesuatu
Kaedah

Menjalankan eksperimen dengan menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif
Murid perlu memerhati dan mendengar
Jenis

Perbincangan
Projek
Model hidup
Model simbolik
Model persepsi
Strategi

Berpusatkan murid dan bahan
Berpusatkan guru dan bahan

b)
 Jelaskan garis panduan umum bagaimana mengendalikan eksperimen dan demonstrasi.
(4 markah)

Pengendalian
Eksperimen
Demonstrasi
Langkah-langkah
1. Mengenal pasti 
    masalah

2. Membuat 
    hipotesis

3. Merancang eksperimen:- mengawal pemboleh ubah.-

·         menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan-
·         menentukan langkah menjalan kan eksperimen-
·         kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Melakukan eksperimen

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data

8. Membuat kesimpulan

9. Membuat laporan

1.    Guru menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar.

2.    Murid perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya murid tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran murid membuat aktiviti.

3.       Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang murid untuk menunjukkan semula cara yangsudah dilakukan oleh guru sebentar tadi.
4.    Guru menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan murid dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada murid yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

5.    Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan olehguru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada murid asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran.













c)
Terangkan bagaimanakah Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif boleh dikembangkan dalam diri pelajar melalui kerja-kerja amali.
(10 markah)

______________________________________________________________

     Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyisat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif.
        Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Apabila murid melaksanakan amali, mereka telah bersedia dengan langkah-langkah yang akan dijalankan. Murid-murid juga akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains semasa membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pembolehubah, menggunakan radas dan spesimen dan semasa proses mengumpul data serta membuat kesimpulan.
      Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen,
penyelidikan, dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
        Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.




Aktiviti amali
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
untuk mengumpulkan maklumat tentang
objek dan fenomena.
Mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek
atau fenomena kepada kumpulan masing masing berdasarkan kriteria tertentu seperti
ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor dan alat
berunit piawai atau alat yang di
seragamkan sebagai unit rujukan.
Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih
jitu.
Berkomunikasi
Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea
dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan,
jadual, graf, rajah atau model.
Mendefinisi operasi
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
Mengawal pembolehubah
Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak
balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh
ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
hubungannya dengan pemboleh ubah yang
bergerak balas. Pada masa yang sama
pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Membuat hipotesis
Membuat sesuatu pernyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang difikirkan benar bagi menerangkan
sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan
Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin benar atau tidak
benar, untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian
Meramalkan

Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai.
Mengeksperimen
Merancang dan menjalankan aktiviti untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan
data, mentafsirkan data sehingga mendapat
rumusan daripada aktiviti itu.
Mentafsir data
Memberi penerangan yang rasional tentang
objek, peristiwa atau pola daripada data
yang dikumpulkan

















Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang memerlukan murid melakukan perkara yang berikut semasa amali dijalankan:1.    Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul.2.    Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.3.    Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
4.    Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
5.    Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

Soalan 1Dengan memilih satu atau beberapa hasil pembelajaran / standard pembelajaran berdasarkan Huraian Sukatan Sains Rendah / Dokumen KSSR, huraikan dengan jelas bagaimana anda menggunakan strategi kecerdasan pelbagai untuk mengubahsuai satu aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang anda laksanakan.
Pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai tidak menyekat perkembangan sikap saintifik dan nilai murni pelajar daripada berlaku. Sikap saintifik dan nilai murni ialah antara aspek yang perlu diperkembangkan dalam diri murid melalui mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Sikap saintifik dan nilai murni dalam kalangan murid tetap dapat diperkembangkan di samping pada masa yang sama memperkembangkan kesemua unsur kecerdasan pelbagai. Perkembangan kesemua potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan harmonis adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan konsep kurikulum bersepadu.


Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan kepelbagaian unsur adalah selaras dengan konsep pembelajaran berasaskan minda dan kurikulum bersepadu.Pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan suasana persekitaran yang pelbagai yang merangsang otak murid ke arah berlakunya sinaps. Sinaps ialah proses yang berlaku di dalam otak manusia semasa berlaku pembelajaran iaitu apabila sel-sel neuron dalam otak saling berhubung antara satu dengan yang lain di bahagian dendrit (Schunk,2004).Mengikut konsep pembelajaran berasaskan minda, proses pembelajaranakan lebih berkesan jika sering berlaku sinaps di dalam otak manusia. Sehubungan itu, guru-guru tidak ragu akan kesan daripada pengintegrasianunsur kecerdasan pelbagai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Sebaliknya guru-guru mencuba sebagai pelbagai kaedah atau teknikpengajaran mereka bagi membantu mengelakkan murid-murid  daripadamengalami kebosanan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsungselain dapat memperkembangkan potensi kecerdasan pelbagai pelajar.








Berikut adalah satu standard pembelajaran berdasarkan Dokumen KSSR, saya telah  menggunakan strategi kecerdasan pelbagai untuk mengubahsuai satu aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang saya laksanakan.
 












LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
KECERDASAN PELBAGAI
Set induksi
(±10 Minit )
Keperluan asas benda hidup

-Makanan
-Air
1.  Guru bertanya khabar kepada murid-murid.
-Sihat ?
-Sudah makan ?

2. Guru bercerita tentang kepentingan mengambil makanan. (Sarapan, makan tengahari, dan malam)

3. Guru bertanya murid kenapa kita perlu makan.


Interpersonal
Linguistik

Langkah 1
(± 10 Minit )

Perbezaan pemakanan haiwan.
Terdapat haiwan yang makan :
a). Tumbuhan sahaja
b). Haiwan lain sahaja
b). Kedua-duanya.

( Rujuk Lampiran )


1.     Guru bertanya adakah haiwan juga perlukan makanan
Haiwan apa yang makan :
a). Tumbuhan
b). Haiwan lain
b). Kedua-duanya.

2.     Guru memberikan murid kad gambar haiwan
3.     Murid diminta memadankan kad gambar haiwan dengan makanannya.


Interpersonal
Visual ruang
Langkah 2
(± 20 Minit )
Mewarna gambar  haiwan yang telah disediakan
a)    
b)   
c)    
d)   
1.     Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi gambar haiwan dan makanannya.
2.     Murid diminta untuk mewarnakan setiap gambar haiwan sama warna dengan makanannya.
Visual ruang
Langkah 3
(± 10 Minit )

Pergerakan haiwan
-Berjalan
-Merangkak
-Melompat
-Terbang
-Berenan

1.     Guru memainkan lagu “Bangau oh Bangau”
2.     Murid-murid di arahkan mengikut pergerakan haiwan mencari makan yang di demonstrasikan oleh guru.
3.     Guru bersama – sama murid membuat pergerakan mengikut giliran
-       Murid lelaki melakukan pergerakan
-       Murid perempuan melakukan pergerakan

Kinestetik
Penutup
(±10 Minit )
Ingat kembali :
Keperluan asas haiwan dan pemakanan haiwan
1.     Murid-murid ditayangkan dengan video nyanyian berkenaan dengan haiwan dan seterusnya diminta untuk menyebut semula apakah haiwan yang telah mereka lihat di dalam video tersebut.

2.  Murid kemudianya akan ditanya semula apakah yang telah mereka pelajari.

Interpersonal
Muzik

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun