Isnin, 5 November 2012

Penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi


Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains, pelbagai kaedah digunakan untuk mengembangkan minda seseorang murid dalam memperolehi pengetahuan yang bukan setakat daripada pengetahuan sedia ada, tetapi juga melalui pengalaman pembelajaran. Berdasarkan kurikulum sains sekolah rendah, guru memanipulasikan kaaedah  pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk memangkinkan pembelajaran dan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Terdapat beberapa perbezaan bagi kaedah penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
Ciri-ciri
Penyiasatan
Eksperimen
Demonstrasi
Maksud
Merupakan kaedah saintifik mencari pengetahuan yang melibatkan kaedah mengenalpasti dan formula sesuatu masalah
Kaedah pengujian dengan matlamat menjelaskan realiti untuk meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena
Merupakan  kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru di mana guru akan memperlihatkan dan memperjelaskan sesuatu uji kaji atau aktiviti di hadapan murid.


Objektif

Melatih pelajar menguasai kemahiran sains, mengukur, membuat pembacaan

Untuk menguji hipotesis dan memberi peluang murid menentukan aktiviti eksperimen mengikut kesesuaian aras pemikiran murid

Untuk membolehkan murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan mewujudkan pengalaman berguna


Strategi pengajaran dan pembelajaran

Berpusatkan murid dan bahan

Berpusatkan murid dan bahan

Berpusatkan guru dan bahan
Peranan guru
Sebagai kolaborator iaitu seorang rakan dalam penemuan sains
Sebagai fasilitator semasa pelaksanaan aktiviti
Sebagai penunjuk cara dan penyampai maklumat atau konsep sains yang ditunjukkan

Teknik aktiviti

Aktiviti hands-on,minds-on, mencari maklumat daripada sumber rujukan seperti daripada media cetak, media elektronik dan  juga daripada guru

Bersoal jawab, menjalankan amali sains, perbincangan

Tunjuk cara








            Dari aspek objektif atau tujuan kaedah digunakan melalui Konsep Daya di bawah tajuk Kesan Daya Terhadap Pergerakan Kelajuan Objek, eksperimen dijalankan adalah untuk menguji hipotesis dan kebenaran sesuatu konsep demi meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu fenomena. Kaedah penyiasatan pula adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi penyelesaian sesuatu masalah di samping dapat menyerapkan kemahiran saintifik dalam diri murid tersebut. Kaedah demonstrasi pula dijalankan biasanya apabila kaedah eksperimen tidak dapat dijalankan oleh murid secara berkumpulan disebabkan oleh kekangan masa, bahaya akan peralatan yang terlibat seperti penggunaan kaca sebagai radas amali untuk dikaitkan dengan daya geseran dan kelajuan objek yang digerakkan di atasnya dan lemah kemahiran manipulatif bagi kumpulan murid yang lemah membuat amali. Kumpulan murid ini ialah kumpulan yang mempunyai tahap kognitif yang lemah dan tidak dapat mengendalikan peralatan serta radas makmal dengan betul dan cermat. 
            Aspek pelaksanaan kaedah ekperimen untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kesan Daya Geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, guru akan menentukan bentuk aktiviti amali   dan tempat pelaksanaan yang akan dijalankan serta radas yang akan digunakan oleh murid-murid itu nanti. Murid-murid pula akan melaksanakan amali mereka secara berkumpulan.Murid menjalankan amali dengan menggerakkan sebuah kereta mainan di atas landasan yang mempunyai jenis permukan berbeza iaitu licin, kasar dan sederhana licin dan kasar. Murid akan mengumpul data dengan mencatat kelajuan dan jarak dilalui oleh kereta mainan Bagi kumpulan murid yang aras kognitifnya agak lemah, guru akan membimbing murid dan memberikan panduan dengan menyatakan arahan langkah demi langkah yang harus diikuti oleh murid-murid dalam melaksanakan amali.
             Berbeza dengan penyiasatan, aktiviti yang dijalankan berdasarkan Konsep Daya di bawah tajuk Kesan Daya geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, adalah berdasarkan hands-on dan minds-on. Murid akan mengenalpasti masalah dan membina hipotesis. Murid akan berusaha sendiri mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri daya geseran dan kaitan antara daya dengan kelajuan dengan pergi ke pusat sumber untuk mencari dan merujuk maklumat daripada bahan bercetak seperti ensiklopedia, majalah sains dan buku rujukan lain atau ke makmal komputer bagi mendapatkan maklumat bahan media elektronik dengan melayari laman internet yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Segala maklumat dan data akan dikumpul sebelum ianya dianalisis dan inferens dibuat. Eksperiemen melalui amali akan dijalankan untuk menguji hipotesis dibina dan mengesahkan maklumat daripada penyiasatan dijalankan.
            Melalui kaedah demonstrasi pula dengan Konsep Daya, guru menyediakan radas dan membuat tunjuk cara di hadapan murid. Radas yang ditunjukkan oleh guru haruslah boleh dilihat dengan jelas, begitu juga dengan panduan tatacara yang disampaikan oleh guru semasa mununjuk cara. Selain itu, guru akan meminta murid membuat ramalan tentang jumlah daya geseran dikenakan bagi kelajuan pergerakan objek di permukaan yang berlainan berdasarkan 3 kaedah POE iaitu  Predicting(meramal), Observe  (pemerhatian) dan Explain (menerangkan).  
            Aspek strategi pengajaran dan pembelajaran, eksperimen lebih kepada berpusatkan murid dan bahan, di mana murid menjalankan sendiri amali secara berkumpulan  bagi mendapatkan jawapan penyelesaian masalah iaitu tanggapan tentang konsep Daya yang dipelajari. Mereka juga mengendalikan peralatan dan radas makmal dengan betul,menyimpan semula dan melakar spesimen serta radas digunakan yang mana secara tidak langsung mereka telah menggunakan kemahiran manipulatif sains dalam aktiviti pembelajaran.
            Demonstrasi pula lebih berpusatkan guru dan bahan di mana guru banyak memainkan peranan dalam memberi tunjuk cara langkah demi langkah di hadapan murid. Ia bertujuan supaya murid lebih jelas dan dapat mengaitkan dengan konsep sains iaitu daya yang mereka pelajari. Penggunaan bahan pula dapat membantu menjelaskan lagi penyampaian guru selain dapat menarik minat murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu, kaedah ini juga digunapakai untuk memperbetulkan miskonsepsi mereka terhadap konsep Daya. Guru akan menunjukkan peristiwa bercanggah melalui demonstrasi agar mereka menyedari bahawa tanggapan mereka adalah tidak tepat selain mengukuhkan semula pengetahuan mereka.
            Penyiasatan lebih berpusatkan bahan dan murid. Murid akan menjalankan aktiviti untuk mencari penyelesaian terhadap sifat ingin tahu mereka terhadap konsep sains. Ini juga lebih menjurus kepada pendekatan inkuiri penemuan. Murid akan berasa puas dengan hasil pembelajaran dicapai oleh usaha mereka sendiri. Bahan media bercetak dan media elektronik membantu murid secara langsung dalam usaha mendapatkan maklumat. Selain itu, pertukaran maklumat melalui perbincangan bersama guru dan rakan juga dapat menjayakan lagi misi mereka untuk mengukuhkan pemahaman terhadap Konsep Daya.
            Peranan guru dalam kaedah eksperimen adalah sebagai fasilitator iaitu memantau dan mengawasi aktiviti yang dikendalikan oleh murid. Guru tidak akan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti amali kecuali bagi kumpulan yang lemah yang harus dibantu dan dibimbing. Dalam kaedah demonstrasi pula, guru bertindak sebagai penunjuk cara dan pembimbing dalam aktiviti yang dilaksanakan.Ini disebabkan oleh kekangan-kekangan yang dihadapi      sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan awal tadi. Dalam kaedah ini juga, pendekatan inkuiri Suchman iaitu “Permainan 20 Soalan” boleh digunakan yang mana guru hanya memberi jawapan “ya” atau “tidak” kepada soalan yang dikemukan oleh murid.Peranan guru dalam kaedah penyiasatan lebih kepada kolaborator dan juga rakan dalam penemuan sains. Murid boleh mengemukakan soalan yang berkaitan dengan konsep untuk meluaskan lagi pemahaman mereka.

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun