Isnin, 5 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian Konstruktivisme


Soalan C
Cikgu Riz ingin mengajar konsep terang dan gelap berdasarkan Standard Kandungan 4.1 dalam KSSR Tahun 2. Rancangkan dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan dua strategi berbeza yang telah dibincangkan dalam Interaksi 3 bagi membolehkan Cikgu Riz mencapai standard kandungan di atas. (10 markah)

 







Strategi Kecerdasan Pelbagai
Fasa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.
1.    Guru menayangkan sedutan video Upin dan Ipin sewaktu siang dan kemudian menayangkan lagi sedutan video Upin dan Ipin semasa waktu malam.
Pemerhatian 
2.    Kemudian guru bertanya kepada murid apa yang mereka dapat lihat.
“Berdasarkan gambar-gambar ini, apakah yang dapat kamu lihat?”
Murid diberi peluang untuk membuat inferens melalui pemerhatian.

Inferens
3.    Guru akan membantu murid dengan memberi klu sekiranya mereka masih tidak dapat meneka.
4.    Jika murid berjaya menjawab dengan betul, guru perlu memuji murid.
Visual
Penjanaan idea
Perbezaan keadaan cerah dan gelap. Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru memberikan jadual perbezaan antara siang dan malam.
3.    Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengisi jadual tersebut. Mengapakah keadaan menjadi cerah pada waktu siang dan gelap pada waktu malam.




Interpersonal
Penstrukturan Semula idea :
Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
1.    Setiap kumpulan dibekalkan dengan lampu suluh.
2.    Guru juga memberikan kadbod kepada setiap kumpulan.
3.    Murid dikehendaki meletakkan tangan di depan lampu suluh dan memerhati bayang-bayang yang dihasilkan di atas kadbod. Murid boleh membuat bentuk bayang-bayang mengikut bentuk yang mereka suka.
4.    Kemudian, aktiviti tersebut diulang di luar kelas.
Membuat perbandingan

Kinestetik
Visual
 Aplikasi
Untuk Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan.
1.    Guru membawa murid-murid ke stor berdekatan. Murid-murid masuk ke dalam stor mengikut kumpulan yang dibahagikan sebelum ini. Kemudian, pintu stor ditutup.
Visual-Ruang
Refleksi
Perbincangan
1.    Guru meminta murid untuk mengisi dan menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
2.    Murid diminta menceritakan apa yang mereka belajar sepanjang aktiviti tadi.

M   Murid menyanyi lagu Upin dan Ipin dengan iringan muzik
Visual


Interpersonal



Muzik


Lembaran kerja

Gambar A
 







Gambar B
 








Keadaan
Gambar A
Gambar B
Suasana (gelap/cerah)
Lampu (ada/tiada)
Matahari (ada/tiada)
Bintang (kelihatan/tidak kelihatan)




























Tiada ulasan:

PertembunganTamadun