Isnin, 5 November 2012

Sains dan Kanak-Kanak Istimewa


Punca kanak-kanak istimewa gagal menguasai kemahiran sains adalah disebabkan masalah kognitif, fizikal dan emosi. Selain teori pembelajaran konstruktivisme, guru sains juga perlu memahami teori pembelajaran yang lain bagi membantu merancang pembelajaran bermakna bagi kanak-kanak istimewa berkenaan.
a)    Terangkan empat masalah pembelajaran sains dalam kalangan murid istimewa yang kurang upaya dari segi pembelajaran.                                          ( 4 markah)


Murid bermasalah pembelajaran akan menghadapi masalah untuk:-
i.              Masalah kognitif- rendah daya ingatan
ii.            Masalah pertuturan - Kekurangan upaya dalam membaca dan mengeja seperti rakan sebaya yang lain.
iii.           Psikomotor- Murid menghadapi masalah untuk menulis dan melukis rajah
iv.           Perkembangan sosial - dimana murid tidak dapat memberi fokus lebih lama
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains terutama sekali bagi kanak-kanak istimewa.
b)    Apakah ciri utama alat bantu mengajar yang berkesan?                     ( 6 markah )


                      I.        Mempunyai unsur audio visual yang menarik
                    II.        Melibatkan penglibatan murid seperti penggunaan komputer
                   III.        Yang menarik minat murid seperti penggunaan carta dengan kad huruf berwarna warni
                  IV.        Saiz tulisan atau gambar yang mudah dilihat
                   V.        Selamat dan senang digunakan
                  VI.        Boleh disentuh dan dilihat seperti bongkah 3D


c)    Dengan menggunakan satu jenis bahan bantu mengajar, bincangkan bagaimana bahan bantu mengajar tersebut membantu proses pengajaran sains untuk mengajar satu konsep sains.                                                                  ( 10 markah )

Text Box: MODEL MANUSIA
Objektif: Mengenal dan menamakan anggota badan manusia (deria, jantina)




Model manusia berunsur 3D dimana murid bukan sahaja boleh melihat tetapi murid boleh merasa dan menyentuh. Isi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan kepada murid melalui bahan bantu mengajar ini dengan lebih berkesan dan efektif. Melalui penggunaan model ini murid diajar untuk membezakan jantina, mengenali anggota badan, pengenalan lima deria, mengenali fizikal badan seperti tinggi, kurus dan sebagainya. Model ini membantu murid memahami, melihat dan menilai sendiri apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Model ini membantu murid ke arah menimbulkan sikap inkuiri di mana ianya akan menarik perhatian murid tentang apa yang ingin disampaikan oleh guru. Disamping itu ia juga menyediakan murid ke arah mengalami pengalaman sebenar semasa proses pembelajaran berlangsung dan pastinya murid dapat mengekalkan ingatannya lebih lama.
Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh guru dengan model manusia ini. Antaranya ialah murid menyebut jantina rakan-rakan mereka di dalam kelas dan mengenakan pakaian kepada model berdasarkan jantina. Ini menggalakkan kemahiran psikomotor, pengamatan pendengaran, penglihatan dan pertuturan murid.
Aktiviti mencantum bahagian model dapat membantu murid bermasalah pembelajaran untuk mengimbas kembali apa yang telah disampaikan oleh gurunya sebelum itu.

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun