Selasa, 13 April 2010

Allah sayangkan kita

Terima kasih atas ucapan tahniah , komen dan nasihat serta doa kengkawan sume...Alhamdulillah semoga perkhabaran ini memberi satu suntikan semangat kepada kengkawan yang lain.
Su suka ayat dibawah ini. Kepada kengkawan lain yang juga tidak berada di mata bos masing2, jadikan statement ini sebagai pendorong kearah menghasilkan kerja yang terbaik sebagai umat Islam yang cemerlang di muka bumi ini.
Buat kerja sebenarnya bukan untuk ditayang memang betul tetapi cukuplah ianya dihargai dan dengan perlantikan ini su membuktikan kepada majikan bahawa walaupun su bukan lulusan ijazah setakat diploma (sebab tu sambung belajar kerana tidak mahu dipandang rendah), bukan anak orang kenamaan, bukan anak orang berada, namun su mampu mendapat yang terbaik kurniaan Allah kepada hambanya yang sentiasa berdoa, berusaha dan ikhlas menjalankan tanggungjawab kerana kita semua di muka ini ini sama sahaja. Usahlah memandang rendah orang lain kerana setiap dari diri insan itu telah Allah titipkan kelebihan dan calitkan sedikit kelemahan, bergantung kepada manusia itu pula menggunakan dan menyukurinya. Amin
"su, akak tumpang happy. semoga rezeki bertambah. tgk tu... Allah sayangkan kita, bos x nampak, org lain nampak. Dah jd pkkoku jgn buat perangai yg menyusahkan org bawahan. tahniah su... "

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun