Selasa, 13 April 2010

Allah sayangkan kita

Terima kasih atas ucapan tahniah , komen dan nasihat serta doa kengkawan sume...Alhamdulillah semoga perkhabaran ini memberi satu suntikan semangat kepada kengkawan yang lain.
Su suka ayat dibawah ini. Kepada kengkawan lain yang juga tidak berada di mata bos masing2, jadikan statement ini sebagai pendorong kearah menghasilkan kerja yang terbaik sebagai umat Islam yang cemerlang di muka bumi ini.
Buat kerja sebenarnya bukan untuk ditayang memang betul tetapi cukuplah ianya dihargai dan dengan perlantikan ini su membuktikan kepada majikan bahawa walaupun su bukan lulusan ijazah setakat diploma (sebab tu sambung belajar kerana tidak mahu dipandang rendah), bukan anak orang kenamaan, bukan anak orang berada, namun su mampu mendapat yang terbaik kurniaan Allah kepada hambanya yang sentiasa berdoa, berusaha dan ikhlas menjalankan tanggungjawab kerana kita semua di muka ini ini sama sahaja. Usahlah memandang rendah orang lain kerana setiap dari diri insan itu telah Allah titipkan kelebihan dan calitkan sedikit kelemahan, bergantung kepada manusia itu pula menggunakan dan menyukurinya. Amin
"su, akak tumpang happy. semoga rezeki bertambah. tgk tu... Allah sayangkan kita, bos x nampak, org lain nampak. Dah jd pkkoku jgn buat perangai yg menyusahkan org bawahan. tahniah su... "

Isnin, 12 April 2010

7.30 Pagi pagi aku diserang sakit perut memulas2..so perhimpunan tak sempat jenguk muka..kos dalam tandas..

hari ni tak senang duduk...risau, gembira, takut bercampur baur..menggigil kepala lutut...pertama sekali dengan ucapan tahniah..sebab aku tak accept lagi tawaran tu. cikgu2 petang tanye ...dah lapor diri ker...sbnrnya belum lagi...sign surat terima pun belum.

2.00 hantar assignment di telco bdr baru

3.00 gi PPD : sign borang tawaran perlantikan ke DGA32 (KUP).

5.00 : singgah ke sekolah amik borang cuti tanpa rekod (exam pada 13 dan 14 April 2010).



Kriteria mendapat tawaran naik pangkat:-DGA32 (KUP)

(KUP-menjurus ke arah prestasi bukan senioriti)



1) yang memohon - (keluar surat 2009 untuk lantikan 2002 dan 2003..so aku isi)

2) pengalaman (penyelaras unit beruniform, Penyelaras SPBT Tahun 4 (2003-2006), s/u kokurikulum, s/u Tahun Enam (2004-2010), ketua pantia sivik, ketua panitia kajian tempatan, ketua panitia pend seni visual, penyelaras sekolah lestari,jurulatih hoki sekolah, jurulatih badminton sekolah, s/u jadual waktu,ajk lawatan, ajk keselamatan sekolah)

3) markah prestasi tiga tahun kebelakang (90.2 + 92.1 +91.0)..kirenye markah aku ni antara yang ciput sebenarnya banding ngan rakan2 di sekolah

4)anugerah darjah kebesaran/anugerah khidmat cemerlang (20m)

Pingat darjah kebesaran Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara

APC - 2007

Calon Guru Cemerlang Kokurikulum Selangor - 2008

Penerima anugerah manik kayu Pengakap Kanak-Kanak -2008

5)sumbangan terhadap komuniti (10m)

Pasukan latihan daerah Pengakap Gombak (2005-2007)

Penceramah sains UPSR ; KIP Sg Buloh (2006)

Penyelaras Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kg Melayu Sg Buloh

AJK Biro akademik KIP Sg Buloh

AJK PIBG (2007-2009)



Harap ini dapat membantu kengkawan yang bercita-cita menikmati faedah kenaikan pangkat:ada dua untuk DGA32(KUP)

1. Guru cemerlang - dah terima GC takleh jadi pentadbir

2.Jawatan Penolong Kanan - takleh mintak GC



* Pilih antara dua.

Persiapkan diri dan aktifkan diri bukan sahaja di peringkat sekolah tapi daerah, negeri dan kebangsaan.

Pastikan bukan cenderung dalam satu bidang sahaja.kepelbagaian ...

Buat yang terbaik.
Sentiasa berdoa kepada Allah untuk jadikan kita insan cemerlang, gemilang dan terbilang dunia akhirat.amin

Isnin, 5 April 2010

Sebab-sebab nak tukar sekolah

Dah lama kat sekolah ni...8 tahun...jeles kat kawan lain dapat merasa dua tiga sekolah..huhu

Jumaat, 2 April 2010

MC

Hari ni dan semalam aku mc..dua hari..sebabnya resdung aku yang kritikal...ada yang tanye aku resdung sampai macam tu sekali ker???ha ah...resdung aku mmg teruk...aku akan bersin banyak kali (takkan baik punye)...kuat bersin kadang-kadang terkencing...so mane lah aku larat nak gi sek dalam keadaaan macam tu...semua pakej ada...resdung aku buatkan mata aku gatal2 n kepala aku sakit dan sakit gigi...sape tak percaya tu aku pedulik hapa...bukan diorang bagi aku makan nasi hari-hari. Hari GB aku tanye pasal pelupusan...aku gi jugak sekolah uruskan...lepastu ada penggambaran utk kelas sessi petang.Unit ICT larr nak cari duit nak biaya laman web tu.Balik sampai kul 6.20...itu cara aku mc tu..tgh sakit kepala datang jugak...
Lepas ni aku nak lepas tangan pelupusan tu..bagi orang kepercayaan bos pulak buat...aku nak buat keje aku...pastikan budak aku dapat kurang-kurangnya 5 orang dapat A(sains) dalam UPSR...nak jatuhkan markah prestasi aku...pedulik hapa aku...lepas ni lantaklah...moga Allah makbulkan doa orang teraniaya. Aku cuma mintak bos aku berlaku adil. Thats all. Barulah aku seronok bekerja. Kepada kawan-kawanku...aku mmg jeles kalau korang berkesempatan facebook atau chating sepanjang hari di sekolah..tapi bila fikir2 kan balik nape aku kene jeles pulak korang siap ngate aku lagi...namanya penyelaras ict tapi tak selalu online facebook..sorry aku keje betul2..aku tak suka curi tulang...kalau korang tanye kengkawan aku kat bilik aku mesti diorang jarang tgk aku chating atau facebook...ingat dan fikirkan rezeki yang kita cari tu fikirkan halal atau tidak.adios...kengkawan jgn marah aku yerk..ikhlas peringatan dari aku..bro..masa kita yang kosong Allah peruntukkan untuk kita mengingatiNya atau membantu hambanya.

Pelupusan

Kronologi Pelupusan dan tugasan lain:- (mana aku tak mental problem skang ni)

2007 - hantar surat permohonan ke ppd
2008 - ppd hantar maklumbalas tatacara permohonan pelupusan
2009 - hantar surat ke SMK Bdr Baru Sg Buloh dan SMK Bukit Rahman Putra
- meredah hujan ke SMK Bandar Baru dan SMK Bukit Rahman Putra untuk dapatkan cop
- hantar borang pelupusan bersama Aishah dan Faridah
- minta tolong En Zul ke JPS amik borang pelupusan yang tidak lengkap.
2010 - Buat jadual waktu sekolah - 3 kali tukar - salin semula pasal hilang dari fail.
- Uruskan fail ICT 2009
- uruskan keceriaan ICT
- uruskan gambar
- makmal komputer mana larat aku nak wat semua...so aku harapkan En Zul dan Kak Shuriza uruskan pelupusan yang selebihnya.Aku dah stress...
Balik sekolah paling awal pukul 3.00....paling lambat pukul 7.00
mana nak tanda buku budak..buat bbm....tapi nak buat macammana...nasib tak terbela...ntahlar...haduss

PertembunganTamadun