Ahad, 28 Jun 2009

Hari Terbuka (imbasan masa lampau)

Hari Terbuka aku ditugaskan di kelas 6 kenanga sebagai guru pembantu. aku ngajar ler sains sambil bincang sooalan titian kasih.aku bangga ngan budak2 tu...bayangkan daripada 2 jer lulus masa titian kasih 1 kepada 6lulus dan skarang masuk ujian titian kasih 3, 3 jerk yang gagal...aku rasa happy sangat.alhamdulillah.masa aku masuk 6 kenanga aku berazam nak naikkan sume markah diorang yang tak lulus kepada sekurang2nya B. aku mmg garang masa tu ditambah dengan stress yang aku cipta sendiri..mengharapkan kejayaan sepantas kilat. aku tension setiap kali aku ngajar budak masih tak dapat...tanpa memikirkan kemampuan individu menerima input adalah berlainan. satu jerk aku pesan kat diorang banyakkan latihan, ulangkaji...biarlah diorang nak marah aku, nak kutuk aku di belakang aku tak kisah janji aku tunaikan kewajipan aku kerana Allah.biarlah di hari guru aku tidak menjadi guru popular apa yang aku mahu nama aku tersemat di hati anak murid ku sehingga mereka dewasa dan seterusnya mendoakan aku seperti aku sekarang yang sentiasa mendoakan guru2 aku yang semasa di sekolah suka benar aku bangkang.apa yang guru aku suruh buat aku mesti tanye ape rasionalnya cikgu suruh sy hafal sifir,,,apa rasionalnya cikgu suruh sy hafal isi kandungan kamus???huhu...maklumlah budak.sebab tu aku tak mahu anak murid aku menyesal di kemudian hari.cuma dulu kat sek cikgu2 suka kat aku pasal bab keje rumah aku mesti siap nyer...walaupun banyak yg aku tanya..kenapa kene buat itu ini..hehe

Tiada ulasan:

PertembunganTamadun